2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Mercu tanda baru Islam

MAKKAH : Menteri Kehakiman, Mohammed Al-Eissa menyifatkan projek perluasan Masjidil Haram sebagai mercu tanda baru dalam sejarah dua masjid paling suci umat Islam.


"Ia kerana kesucian dan kemuliaan lokasinya, yang yang mementingkan penjagaan dan tumpuan umat Islam," katanya dalam satu kenyataan.


Raja Abdullah meletakkan batu asas bagi projek bersejarah itu yang akan meliputi 400,000 meter persegi kawasan di barat laut dan barat daya Masjidil Haram.


Perluasan kawasan masjid itu akan meningkatkan keupayaannya untuk menampung hingga lebih 2.5 juta jemaah.


"Projek berkenaan bertujuan menyediakan keselesaan dan meningkatkan keselamatan untuk jemaah haji dan umrah yang semakin meningkat sejak beberapa tahun lalu," kata Mohammed.


Usaha menyediakan ruang bagi jemaah, khususnya langkah meluaskan kawasan sai, akan mengakhiri kesukaran yang dihadapi jemaah dan membolehkan mereka melaksanakan ibadah dalam suasana lebih selesa. Menteri itu berkata, Raja Abdullah sering memberi keutamaan untuk kemudahan jemaah di Makkah dan Madinah.


Setiausaha Agung Majlis Kerjasama Teluk (GCC), Abdullah Al-Zayani juga memuji Abdullah kerana melancarkan projek itu yang menurutnya akan meningkatkan keselesaan bagi tetamu Allah.


Menurutnya, projek baru itu akan memenuhi keperluan untuk jemaah haji dan umrah yang semakin bertambah.


Menteri Kewangan, Ibrahim Al-Assaf berkata, projek itu akan menelan belanja SR80 blion (RM64 bilion).


Jumlah itu termasuk bayaran pampasan kepada pemilik yang hartanah mereka diambil oleh kerajaan untuk projek itu.


Dalam pada itu, Ketua Jawatankuasa Dua Masjid Suci, Saleh Al-Hosain memuji pakar di universiti Saudi kerana menyediakan reka bentuk terbaik, mesra alam dan bercirikan keselamatan yang tinggi untuk projek berkenaan.


"Seperti yang dicita-citakan oleh Raja Abdullah, umat Islam seluruh dunia seharusnya berbangga dengan projek perluasan itu," katanya.


Menurut dokumentari yang ditayangkan pada majlis pelancaran itu, pintu utama akan dinamakan Pintu Raja Abdullah dan akan mempunyai dua menara, menjadikan jumlah menara di Masjidil Haram kepada 11. - AN
Unknown , Selasa, Ogos 23, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog