2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Makkah akan diperbesar

JEDDAH : Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Abdullah akan meletakkan batu asas kerja peluasan Makkah al-Haram dalam beberapa hari lagi. Projek berkenaan dinamakan sebagai Peluasan Makkah al-Haram Raja Abdullah.
Abdullah juga akan merasmikan beberapa projek pembangunan lain yang bertujuan memperbaiki keselamatan dan keselesaan jemaah di dua masjid suci dan tempat suci.

Projek yang sedang dijalankan di Makkah al-Haram termasuk peluasan halaman utara Masjidil Haram, Masaa (kawasan antara Safa dan Marwah), projek Pembiayaan Raja Abdul Aziz, projek Jalan Raya Raja Abdul Aziz, projek kereta api Mashair yang menghubungkan Mina, Arafah dan Muzdalifah serta projek Haramain.

Sistem kereta api menghubungkan dua masjid suci di Makkah dan Madinah, projek Pembangunan Zon Pusat dan jalan bulatan baru sebagai tambahan kepada projek perparitan banjir di tempat suci dan kompleks Al-Jamarat, lapor akhbar harian Al-Riyadh, semalam.
Projek Masjid Nabawi di Madinah termasuk peluasan halaman sekeliling masjid di semua arah membolehkan pertambahan kapasiti seramai 350,000 orang. Beberapa projek terbesar dilaksanakan atas arahan Raja Abdullah termasuklah pembangunan Jambatan Al-Jamarat yang bertujuan meningkatkan kapasiti kepada 5 juta jemaah dan projek kereta api Mashair dijadualkan beroperasi sepenuhnya sebelum musim haji November ini bermula.

Perkhidmatan metro akan mempunyai 17 kereta api dengan 12 gerabak. Pembangunan projek Pembiayaan Raja Abdul Aziz terdiri daripada enam menara kediaman dan hotel lima bintang. Menara di bahagian depan antara enam menara itu adalah setinggi 28 tingkat, manakala menara di bahagian belakang setinggi 35 tingkat. Menara di bahagian sisi setinggi 45 tingkat, manakala menara hotel pula adalah setinggi 60 tingkat. Keseluruhan kompleks yang mempunyai 11,000 bilik dan suite itu akan memuatkan 35,000 jemaah.
Unknown , Ahad, Ogos 14, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog