Era Gaddafi berakhir
TRIPOLI : Ketua pemberontak Libya, Mustafa Abdel Jalil semalam mengisytiharkan berakhirnya 'era Gaddafi' yang memerintah negara itu selama 40 tahun selepas tentera pemberontak menguasai hampir keseluruhan bandar raya ini.
'Era Gaddafi sudah berakhir," katanya pada sidang akhbar di Benghazi, timur Libya, merujuk kepada pemimpin veteran Libya, Muammad Gaddafi.
Mustafa berkata, beliau berharap, Gaddafi yang menghadapi waran tangkap yang dikeluarkan Mahkamah Keadilan Antarabangsa akan ditangkap supaya beliau boleh dibicarakan secara adil.
Mustafa megucapkan tahniah kepada rakyat Libya kerana 'kemenangan bersejarah' itu dan juga mengucapkan terima kasih kepada Nato kerana memberikan sokongan ketenteraan.
Beliau bagaimanapun berkata, kemenangan sebenarnya ialah apabila Gaddafi, 69, ditangkap.
Menurutnya, hampir keseluruhan Tripoli kini berada di bawah penguasaan pemberontak.
Laporan sebelum ini menyatakan Gaddafi bersembunyi selepas tentera pemberontak menyerang bandar raya itu dan berlaku pertempuran sengit di luar perkarangan istana Presiden.
Dalam pada itu, tiga anak Gaddafi dikatakan berada dalam tahanan pemberontak.
Kereta kebal tentera kerajaan muncul dari kompleks istana yang dikenali sebagai Bab al-Aziziya dan mula melepaskan bedilan sejurus selepas subuh berikutan serangan pemberontak.
Penduduk berkata, tentera pemberontak cuba memanjat tembok perkarangan istana presiden tetapi ditembak oleh pengawal.
Pemimpin Libya itu masih menguasai kawasan Rixos di barat daya Tripoli dan tentera upahan masih berjuang untuknya.
Anak bongsunya, Khamis al-Gaddafi dipercayai mengetuai serangan balas.
Kira-kira 1,300 orang dikatakan terbunuh dalam pertempuran terbaru di Tripoli itu.
Jurucakap pemberontak, Nouri Echtiwi berkata: "Keadaan tenteram selama empat jam menyusuli sambutan besar-besaran penyokong pemberontak di jalan raya.
"Kemudian kereta kebal dan pikap yang dilengkapi mesingan keluar dari Bab al-Aziziya, kubu kuat terakhir Gaddafi dan mula membedil Jalan Assarin dan kawasan al-Khalifa.
"Mereka membedil secara rambang pada semua arah setiap kali mendengar bunyi tembakan." Ketika rejimnya kelihatan di ambang keruntuhan, televisyen swasta Libya melaporkan pemimpin Libya itu sudah 'melarikan diri seperti seorang pengecut.' - Agensi
+
Kerajaan sementara sedia masuki Tripoli
DUBAI : Pemimpin majlis pemberontak Libya semalam berkata, kerajaan sementara yang ditubuhkan kini bersedia memasuki Tripoli ketika tentera yang setia kepada Muammar Gaddafi masih memberikan sedikit tentangan di sana-sini.
Menurut Ketua Majlis Peralihan Kebangsaan, Mustafa Abdel Jalil, pemberontak berjaya mengawal hampir keseluruhan Tripoli.
"Langkah persediaan diambil bagi membolehkan majlis ini berpindah ke Tripoli," katanya dari kubu pemberontak, Benghazi, semalam.
Kata Mustafa, masih ada sedikit tentangan dilakukan pasukan keselamatan Gaddafi dan ia agak menjejaskan perpindahan mereka.
Bagaimanapun, katanya, pemberontak yakin tentangan itu akan diatasi dalam tempoh 48 jam.
Mengenai kedudukan Gaddafi, Mustafa berkata, sukar ditentukan sama ada diktator terbabit masih ada di Libya atau meninggalkan negara itu.
"Ada kemungkinan Gaddafi masih bertahan di kawasan Bab al-Azizya dan lokasi itu masih panas.
"Tentera Gaddafi masih terus menentang pemberontak di situ," katanya.
Mustafa berkata, dia tidak dapat memberi jaminan keselamatan jika Gaddafi menyerah, sebaliknya menyatakan, pemimpin terbabit akan "mendapat perbicaraan adil jika melepaskan jawatannya." - AFP
Rabu, Ogos 24, 2011
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Libya di ambang perubahan :- 30foTo silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "