Khamis : 24 April 2025   
@ 26 Syawal 1446H / 12:55 AM

12Jumaat,Ogos

Ahli akrobat China berjalan antara dua belon


DETIK MENCEMASKAN... Saimaiti menyeberangi tali yang diregangkan di antara dua belon panas di Hunan, semalam.


CHANGSHA (Hunan) : Ahli akrobatik terkemuka China, Saimaiti Aishan, berjaya berjalan di atas tali sepanjang 15 meter yang diregangkan di antara dua belon panas di atas ketinggian 30.5 meter (100 kaki), semalam.

Lelaki keturunan Uighur berusia 27 tahun itu melakukan aksi ngeri berkenaan sebagai persediaan awal untuk cuba mencipta rekod baru dunia dengan berjalan di atas tali yang diikat pada belon panas pada ketinggian 198 meter (650 kaki).

Dalam percubaannya semalam, Saimaiti dilaporkan berdepan beberapa masalah, memaksanya duduk seketika di pertengahan laluan.

Tindakan itu dibuat bagi membolehkan Saimaiti mengatasi masalah pada kayu pengimbangnya.

Sebaik saja dia berjaya melintas, orang ramai yang berkumpul menyaksikan lagak ngeri itu memberikan tepukan gemuruh.

Orang ramai kemudian cemas apabila Saimaiti tergelincir sedikit ketika dia meraikan kejayaannya tiba di bakul belon panas berkenaan.

Ekoran kejayaan itu, Saimaiti cuba pula berjalan pada ketinggian 100 meter atau separuh daripada ketinggian akhir yang ingin dicubanya bagi membolehkan namanya dicatat dalam Guinness World Record untuk kali keempat. Bagaimanapun, Saimaiti yang digelar Putera Tali Regang itu gagal dalam percubaannya.

Menurut media, Saimaiti adalah generasi ketujuh daripada keluarga aksi lagak ngeri Uighur yang memang sering mempamerkan kebolehan akrobatik mereka dengan berjalan di atas tali. - MOL
Unknown , Jumaat, Ogos 12, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog