Selasa : 29 Julai 2025   
@ 4 Safar 1447H / 6:54 AM

22Jumaat,Julai

Muatan lebih ganggu sistem kenderaan, impak nahas lebih teruk

KUALA LUMPUR : Semua jenis kenderaan direka bentuk untuk mencapai tahap mempunyai ketahanan menampung pelanggaran bagi mengurangkan kecederaan kepada pemandu dan penumpang dengan menjadikan had muatan penumpang sebagai faktor penting bagi menentukan tahap keselamatan sebenar kenderaan itu.
 
Ketua Pengarah Institut Kajian Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Prof Dr Ahmad Farhan Muhammad, berkata tahap boleh guna kenderaan adalah faktor yang memastikan kenderaan akan bergerak di jalan raya tanpa risiko meningkatkan kebarangkalian perlanggaran.

"Ini bermakna jika sesebuah kenderaan dipandu melebihi kapasiti penumpang atau barang dibenarkan, sistem kenderaan akan terjejas dan ini boleh mengundang bahaya kemungkinan kenderaan tidak dapat dikawal atau berhenti pada saat dan jarak diperlukan.

"Selain itu, faktor terlebih muatan akan mengakibatkan impak perlanggaran menjadi lebih serius serta mengakibatkan kecederaan teruk atau kematian," katanya.
 
Beliau berkata, setiap kenderaan yang dibina di negara ini perlu menepati keperluan tahap boleh guna di jalan raya yang ditentukan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM).
 
"Malah, sekarang kebanyakan pembuat kenderaan mula menentukan supaya reka bentuk memenuhi keperluan tahap menampung pelanggaran seperti kerangka lebih teguh dan memasang beg udara sebagai ciri utama kenderaan," katanya.
 
Selain itu, tahap boleh guna di jalan raya bagi sesebuah kenderaan menjadi ciri penting memastikan kenderaan bergerak tanpa risiko tinggi jika berlaku perlanggaran.

"Dalam aspek ini, pemilik kenderaan perlu memastikan tayar mempunyai bunga yang mampu mencengkam baik atas permukaan jalan raya. Selain lebih penumpang, muatan dan barang berlebihan boleh menjejaskan keberkesanan fungsi dan komponen jentera. Ini adalah hukum fizik ," katanya.
Unknown , Jumaat, Julai 22, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog