/

Media Sosial Baru Bukan Kewartawanan Sebenar, Kata Prof Janet Steele

KUALA LUMPUR, 20 Julai - Media sosial baru seperti blog, Facebook dan Twitter adalah antara teknologi canggih yang hebat dalam menyebarkan berita serta maklumat namun ia tidak seharusnya dianggap sebagai kewartawanan sebenar, menurut seorang tokoh akademik dari Amerika Syarikat.

Janet E. Steele, Prof Madya dari School of Media and Public Affairs, George Washington University, berkata berita dan maklumat daripada media sosial bukanlah fakta kukuh yang disemak dan serta ditapis oleh editor berbanding dengan amalan standard oleh media tradisional.

"Kewartawanan sebenar melibatkan suatu sistem pengesahan dan mesti mematuhi stardard profesional yang tinggi. Oleh itu, laporan berita oleh wartawan mesti disemak dengan teliti oleh editor sebelum disiarkan, berbeza dengan media baru yang tidak memerlukan sebarang pengawasan," kata beliau kepada pemberita di Universiti Malaya (UM) di sini Rabu.

Terdahulu, beliau menyampaikan syarahan bertajuk 'Keadilan dan Kewartawanan: Islam dan Nilai-nilai Kewartawanan di Malaysia dan Indonesia' di Jabatan Pengajian Media, Fakulti Sastera dan Sains Sosial universiti berkenaan.

Kira-kira 50 pelajar pasca-siswazah dari UM dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) menghadiri majlis syarahan itu. Steele, yang fasih berbahasa Indonesia, menulis dalam ruangan mingguan "E-Mail from America" bagi akhbar Surya Daily di Surabaya, Jawa Timur, Indonesia.

Steele, seorang tokoh terkenal dalam kalangan media Malaysia dan Indonesia, berkata media tradisional iaitu media cetak dan elektronik, berdepan pelbagai cabaran dalam persaingan dengan media baru, yang digunakan secara meluas di seluruh dunia.

Beliau juga berkata semua pengamal media seharusnya mengamalkan sembilan elemen universal dalam kewartawanan yang baik.

"Sembilan prinsip kewartawanan yang baik terdiri daripada tanggungjawab untuk menyatakan kebenaran; kesetiaan kepada warganya; disiplin dalam penentusahan; mengekalkan semangat dan minda yang bebas; bertindak sebagai pemantau kuasa yang bebas; serta menyediakan forum bagi kritikan dan kompromi awam.

"Mesti berusaha untuk menjadikan perkara yang penting supaya menarik dan relevan; mesti memastikan berita yang komprehensif dan mencukupi; dan mesti dibenarkan untuk menggunakan kebijaksanaan sendiri turut terkandung dalam prinsip kewartawanan,
" katanya.

Steele berkata wartawan Muslim di Malaysia dan Indonesia mungkin tidak terdorong oleh matlamat kebebasan, namun mereka memahami peri pentingnya untuk menyatakan apa yang benar kepada kalangan yang berkuasa dan menghentikan perkara yang salah menerusi perkataan yang mereka gunakan. - Bernama

Unknown , Jumaat, Julai 22, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog