KUALA LUMPUR, 30 Mei - Kerajaan menjangka inflasi meningkat 0.27 peratus berikutan kenaikan tarif tenaga yang diumumkan Isnin, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.
"Ini (kenaikan) merupakan suku daripada satu peratus," kata beliau pada sidang akhbar bersama Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui di sini.
Inflasi tahunan pada April ialah 3.2 peratus.
"Kenaikan tarif bagi 75 peratus pengguna adalah sifar, jadi subsidi ditumpukan kepada mereka yang benar-benar memerlukan," kata Nor Mohamed.
Kerajaan hari ini memutuskan untuk menaikkan tarif elektrik dan harga gas asli sebagai sebahagian daripada rancangan perasionalan subsidi.
Kerajaan membenarkan Tenaga Nasional Bhd menaikkan kadar sebanyak 2.23 sen kilowatt sejam (kWj) berkuat kuasa 1 Jun, kenaikan pertama sejak 2008 apabila tarif dinaikkan sebanyak 24 peratus.
Ia juga berkata harga gas asli akan naik RM3 setiap juta unit termal British setiap enam bulan sehingga 2015, yang akan mengurangkan kos subsidi gas kepada RM25.64 bilion daripada RM27.22 bilion.
Semasa ditanya mengenai kenaikan harga makanan berikutan kenaikan tarif berkenaan, Chin berkata perniagaan seperti industri kampung tidak akan merasai kesannya kerana penggunaan mereka hanya 0-300 kWj.
"Sekiranya operasi komersial, (penggunaan elektrik) melebihi 200 kWj, mereka akan merasakan kenaikan itu yang hanya maksimum 10 peratus," katanya.
Bagi pengguna komersial voltan rendah seperti peruncit, pekedai dan pengusaha restoran kecil yang penggunaanya tidak melebihi 200kWj sebulan, kadar kenaikan maksimum adalah sebanyak RM4.60 sebulan.
Pengguna industri voltan rendah seperti pengusaha industri memproses makanan secara kecil-kecilan yang menggunakan elekrik kurang daripada 200kWj sebulan pula akan mengalami kenaikan tarif maksimum sebanyak RM4 sebulan.
Chin berkata tarif industri khas yang ditawarkan kepada sektor industri yang perbelanjaan bil elektrik bulanannya melebihi lima peratus daripada kos keseluruhan operasi masih dikekalkan dalam semakan tarif elektrik pada kali ini.
Sektor industri yang layak akan terus menikmati kadar tarif yang lebih rendah daripada kadar tarif industri biasa, tambahnya.
Bagaimanapun, Chin berkata jurang perbezaan antara kadar Tarif Industri Khas dan Tarif Industri Biasa akan dikurangkan secara berperingkat selaras dengan dasar kerajaan untuk mengalakkan penggunaan elektrik secara cekap dalam sektor industri. - Bernama

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "