CAPE CANAVERAL, Florida 30 Mei - Kapal angkasa Endeavour dan enam anak kapalnya berlepas dari Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) hari ini selepas menyempurnakan pembinaan stesen tersebut yang mengambil masa selama 30 tahun.
Sejurus berlepas pada kira-kira pukul 7:23 pagi waktu tempatan (7.23 pagi waktu Malaysia), Endeavour yang juga merupakan misi terakhirnya dalam perjalanan terakhirnya pulang ke bumi dari angkasa lepas, turut mengelilingi ISS untuk merakamkan gambar-gambar menakjubkan.
Misi terakhir kapal angkasa tersebut juga berjaya menyempurnakan pembinaan ISS yang merupakan projek terpenting Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) sejak dilancarkan pada 1981.
Projek itu disempurnakan angkasawan Gregory Chamitoff dan Mike Fincke dalam satu jelajah angkasa selama tujuh jam 24 minit pada Jumaat lalu.
Misi melengkapkan pembinaan ISS itu memerlukan 159 jelajah ke angkasa dalam masa 1,000 jam bagi memastikan ia beroperasi tanpa sebarang masalah.
Chamitoff berkata, misi melengkapkan ISS itu dikongsi bersama 15 negara dan ia merupakan kemuncak kejayaan manusia serta kerjasama antarabangsa.
Endeavour dijangka tiba di bumi pada lusa, selepas misi terakhirnya selama 16 hari.
Satu lagi penerbangan ke angkasa lepas oleh kapal angkasa Atlantis bakal dilakukan Julai ini, tetapi misi itu tidak melibatkan sebarang jelajah angkasa. - AP/Agensi

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "