WASHINGTON: Beberapa tahanan di Teluk Guantanamo memberikan maklumat penting sehingga membolehkan tentera Amerika Syarikat membunuh Osama bin Laden, kata pegawai keselamatan semalam.
Menurut pegawai kanan dalam pentadbiran Presiden Barack Obama, ejen perisikan memperoleh banyak maklumat daripada soal siasat di kem tahanan berkenaan.
Katanya, mereka bertanggungjawab secara langsung membantu pasukan keselamatan mengesan pemimpin al-Qaeda itu.
"Antara maklumat diperoleh adalah nama gelaran utusan digunakan Osama menyampaikan mesej kepada dunia luar.
"Tahanan terbabit juga membayangkan utusan itu tinggal bersama Osama walaupun kami mengambil masa bertahun-tahun bagi mengesan identiti serta lokasi sebenar dimaksudkan," katanya.
Kenyataan itu dijangka mencetuskan bantahan antarabangsa terhadap kewujudan kem tahanan berkenaan.
Sejak sekian lama, pelbagai pihak mempertikaikan kaedah soal siasat berbentuk seksaan melampau digunakan pihak keselamatan AS bagi mendapatkan maklumat daripada tahanan di kem kontroversi itu.
Ratusan suspek militan yang ditahan di Pakistan dan Afghanistan sebelum ini ditempatkan di kem berkenaan dan berdepan dengan pelbagai teknik soal siasat zalim.
Di sebalik bantahan itu, pegawai AS berkata, soal siasat dijalankan membuktikan mereka berjaya memperoleh maklumat penting.
Kata sumber itu, beberapa tahanan membocorkan rahsia mengenai individu yang menyediakan bantuan secara langsung kepada Osama dan timbalannya selepas mereka lari meninggalkan Afghanistan.
"Seorang daripada utusan itu akhirnya mendapat perhatian berterusan daripada pasukan keselamatan AS," katanya.
Sementara itu, pegawai pertubuhan hak asasi kemanusiaan Amnesty International, Mike Blakemore, berkata seksaan ke atas tahanan tidak boleh dihalalkan dalam semua keadaan, termasuk untuk mendapatkan maklumat penting. - DM
Khamis, Mei 05, 2011
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Tahanan Guantanamo bocor rahsia silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "