Jumaat : 14 Mac 2025   
@ 15 Ramadan 1446H / 10:31 PM

7Sabtu,Mei

Salah Satu Sumber membawa kematian Osama

Komputer ketua al-Qaeda dijangka bongkar rahsia

WASHINGTON: Pegawai perisikan Amerika Syarkat yang menyelongkar komputer dan peranti penyetoran yang ditemui di kediaman Osama bin Laden di Pakistan menjangka memperoleh banyak data penting.
 
Data berkenaan mungkin boleh mendedahkan rancangan serangan, lokasi tokoh al-Qaeda lain dan sumber kewangan. Kelengkapan yang dirampas selepas pembunuhan Osama dalam serangan Ahad lalu, termasuk lima komputer, 10 cakera padat dan 100 peranti penyetoran, adalah pencapaian penting bagi Amerika Syarikat dalam memerangi Al-Qaeda, kata pakar.

"Saya akan terkejut jika ia bukan 'lombong emas' untuk kami," kata bekas Timbalan Pengarah CIA, John McLaughlin.
 
"Saya berpendapat kami akan menemui laporan mengenai rancangan melancarkan serangan. Kami mungkin mengetahui mengenai hubungannya dengan Pakistan," katanya. - AFP
 
+
 

Perbalahan dengan Ayman dedah lokasi ketua al-Qaeda: Al Watan
 
RIYADH: Perebutan kuasa antara Osama bin Laden dan Timbalannya, Ayman al-Zawahiri, menjadi punca kejayaan Amerika Syarikat mengesan persembunyian pemimpin al-Qaeda itu, lapor sebuah akhbar Arab Saudi semalam.
 
Al Watan memetik 'sumber serantau' yang tidak dikenali sebagai berkata, kedua-dua pemimpin kanan al-Qaeda itu berselisih pendapat dan perutusan yang membawa tentera Amerika Syarikat kepada Osama bekerja untuk Ayman.

Perutusan terbabit, warga Pakistan, bukan rakyat Kuwait seperti yang disyaki Amerika Syarikat, kata akhbar itu. Lelaki itu tahu dia diekori oleh tentera Amerika.
 
"Kumpulan Mesir dalam al-Qaeda menjadi pentadbir sementara pertubuhan itu dan memandangkan Osama sakit sejak 2004, mereka berusaha untuk menguasai sepenuhnya pertubuhan berkenaan," lapor akhbar itu.

Menurutnya, puak yang menyokong Ayman memujuk Osama supaya meninggalkan kawasan suku kaum di sepanjang sempadan Afghanistan dan Pakistan dan berlindung di Abbottabad berhampiran Islamabad, tempat dia dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat, Ahad lalu. - AFP
Unknown , Sabtu, Mei 07, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog