Obama tidak hirau bantahan Pakistan
WASHINTON 5 Mei - Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama bersedia untuk melancarkan serangan serupa di Pakistan pada masa depan bagi memburu musuh AS jika mereka dikenal pasti berada di Pakistan.
Jurucakap White House, Jay Carney berkata, pendirian Obama tidak akan berubah, walaupun Islamabad membantah tindakan AS menceroboh negaranya semasa melancarkan serangan ke atas tempat persembunyian Osama di Abbottabad.
"Presiden (Obama) semasa berkempen lagi (semasa pilihan raya Presiden AS) sudah mengambil pendirian itu dan menerusi tindakan yang diambilnya sebagai Presiden, merasakan itulah pendekatan yang betul dan akan terus berpendirian begitu," ujar Carney.
Semasa kempen pilihan raya Presiden AS pada 2008, Obama berkata, beliau akan mengarahkan tindakan ke atas Osama atau pemimpin kanan al-Qaeda yang lain di Pakistan jika pucuk pimpinan negara itu 'tidak mampu atau tidak sanggup bertindak'. - AFP
+
Pakistan akan lancar operasi buru Ayman
ISLAMABAD 5 Mei - Pakistan akan melancarkan operasi besar-besaran untuk memburu pemimpin tertinggi Taliban, Mullah Omar dan orang nombor dua al-Qaeda, Ayman al-Zawahiri.
Operasi memburu itu bakal dilancarkan di wilayah-wilayah barat laut dan barat daya di kawasan pergunungan bersempadan dengan Afghanistan, lapor akhbar berbahasa Inggeris, The News, hari ini.
"Pasukan keselamatan Pakistan akan melancarkan operasi memburu besar-besaran bukan sahaja di Quetta tetapi juga di kawasan yang tidak dikawalnya di Waziristan Utara.
"Tujuannya untuk menangkap Mullah Omar dan doktor kelahiran Mesir, Ayman al- Zawahiri secepat mungkin jika mereka bersembunyi di Pakistan," lapor akhbar itu.
Omar dipercayai memimpin Syura Quetta, badan pembuat keputusan tertinggi Taliban, dari Quetta iaitu ibu kota wilayah Baluchistan, barat daya Pakistan.
Waziristan Utara dianggap kawasan selamat bagi kumpulan Haqqani yang dikaitkan dengan al-Qaeda.
Amerika Syarikat (AS) telah beberapa kali meminta Pakistan melancarkan operasi untuk menghapuskan rangkaian pengganas.
Keputusan untuk menjejaki kedua-dua orang paling dikehendaki oleh AS itu diambil selepas Pakistan mengalami tekanan hebat kerana gagal menunaikan komitmen untuk memerangi pengganas, dan selepas komando AS membunuh Osama bin Laden awal pagi Isnin lalu di Abbottabad, 60 kilometer ke timur laut Islamabad.
Akhbar tersebut juga memberi amaran, operasi untuk memburu Omar dan al-Zawahiri boleh mencetuskan gelombang baru serangan pengebom berani mati di Pakistan, sekali gus menggugat lagi kestabilan di satu-satunya negara Islam yang memiliki senjata nuklear ini. - dpa
+
PBB mahu fakta tepat
OSLO: Ketua Agensi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Navi Pillay semalam meggesa pendedahan sepenuhnya fakta untuk menentukan kesahihan pembunuhan pemimpin al-Qaeda.
"Saya masih inginkan pendedahan sepenuhnya fakta tepat. Saya berpendapat, bukan pihak saya saja tetapi semua orang berhak tahu apa yang sebenarnya berlaku," katanya. - AP
Sabtu, Mei 07, 2011
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Obama - Osama - Pakistan silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "