Beliau berkata, apabila keputusan membina atau melancarkan EMAS (Eco Mobility Advance Solution), dibuat, pengumuman akan dibuat kepada orang ramai pada masa yang sesuai.
Kereta empat tempat duduk dan lima pintu sepanjang 3550mm, dilengkapi enjin endoterma di bahagian depan untuk mengecas semula bateri lithium ion.
Beliau berkata, ciri lain termasuk lampu LED digital kabin daripada solar, sistem telematik canggih, paparan maklumat interaktif, sistem pengurusan bateri, sistem pendingin hawa elektrik serta kamera belakang dan mengundur.
PROTON EMAS dipromosikan sebagai Kereta Kecil Global pertama Proton yang bermakna kereta saiz kompak yang dijual di banyak negara di dunia dan bukan sahaja di Malaysia atau rantau tertentu, katanya.
Beliau bagaimanapun, berkata EMAS adalah kereta konsep dan tidak semestinya PROTON akan mengeluarkan model yang sama seperti yang dipamerkan.
Malah, beberapa aspek reka bentuk model baru PROTON mungkin berdasarkan kereta-kereta konsep ini.
Sebagai contoh, reka bentuk PROTON Saga FL adalah berasaskan Kasturi, namun ia tidak sama dengan Kasturi dan dalam hubungan ini, adalah tepat untuk mengatakan Proton sudah melancarkan model yang berasaskan reka bentuk salah sebuah kereta konsep dalam siri Pahlawan.
Sementara itu, pada sesi ceramah untuk wakil Malaysia yang menyertai pameran MAIE/AEE di ibu pejabat Nissan di sini awal minggu ini, Eiji Makino, pengurus besar, unit perniagaan pelepasan sifar global Nissan Motors Co Ltd, berkata Nissan sangat berminat untuk menjual 100 peratus kereta elektrik "Nissan Leaf" di Malaysia.
Beliau berkata, kerajaan Malaysia perlu bersetuju memberikan insentif untuk memperkenal kereta sedan keluarga lima pintu kompak dengan kapasiti lima tempat duduk, dalam pasaran Malaysia.
LEAF ialah singkatan bagi "Leading, Environmentally friendly, Affordable, Family Car" atau Kereta Keluarga Mampu Milik, Mesra Alam, Utama.
Antara lain, kerajaan perlu sedia memberikan pembeli insentif cukai kereta atau subsidi yang akan mengurangkan kos pembelian kereta itu.
Sebagai kereta elektrik, Nissan Leaf tidak menyebabkan pencemaran atau pelepasan gas rumah hijau semasa beroperasi dan mengurangkan pergantungan terhadap petroleum.
Makino berkata, setakat ini 2,000 unit kereta elektrik pertama yang dikeluarkan secara besar-besaran itu, sudah dijual, kebanyakannya di Jepun. - BERNAMA

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
Meminati Auto-Mechanical, tapi tak suka berlumba-lumba di jalan raya, Bahaya!!, :-)

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "