Menurut sumber terdekat Proton di sini, rundingan dan jualan pada masa depan akan bergantung pada dan bila Cusco membuat tempahan.
Beliau mengesahkan bahawa kereta itu akan digunakan sebagai kereta rali, bukan saja oleh peminat, malah oleh pasukan rali profesional.
"Kini terdapat dua kereta Satria Neo dalam Rali Kumpulan N yang bersaing pada Perlumbaan Rali FIA Asia Pasifik 2011, dan sebuah kereta menyertai Kejohanan Rali All Japan 2011," katanya.
Beliau berkata, ia akan mengeksport kereta berkenaan menggunakan nama asal - Proton Satria Neo.
"Ketika bersaing menentang Pasukan Rali Cusco dan pasukan profesional yang lain di Asia Pasifik, termasuk satu pusingan di Jepun, pasukan itu mendapat liputan meluas media serta penonton di mana saja ia berada."
"Ini secara langsung mendorong Cusco untuk meneroka kemungkinan mengubah dan menjual Satria Neo sebagai kereta Rali Kumpulan N kepada mana-mana pihak yang berminat," katanya.
Sementara itu, "Tuah", kereta konsep, yang kini dipamerkan pada MAIE/AEE terus menarik minat pelawat pada pameran terbabit.
"TUAH ialah kereta konsep salon sporty, yang diilhamkan daripada reka bentuk kejuruteraan nautika dan aeronautik.
Ia adalah konsep reka bentuk yang mengimbangi fungsi dan aestetik serta menggabungkan reka bentuk baru Proton.
Antara ciri-ciri yang dimiliki TUAH ialah bumbung kaca foto-krom yang menjadi gelap secara automatik mengikut darjah tertentu, lampu kabut LED untuk pemandangan yang lebih jelas dan pencahayaan semula jadi dengan penggunaan tenaga yang rendah, lampu belakang LED moden untuk keselamatan.
Pemegang pintu beriluminasi dan tersembunyi untuk penggunaan mudah semasa keadaan kekurangan cahaya selain spoiler yang mengimbangi kenderaan semasa dipandu laju untuk keselamatan pemanduan.
Sumber Proton itu berkata, "TUAH" ialah kereta konsep dalam siri Pahlawan yang dipamerkan buat pertama kali pada Pameran Permotoran Antarabansga Kuala Lumpur 2010.
Mengikut definisi, beliau berkata istilah kereta konsep merujuk kepada kenderaan konsep atau kereta prototaip yang dibina untuk mengetengahkan konsep, gaya dan teknologi baru.
"Ia kerap dipertunjukkan pada pameran kereta bagi menguji reaksi pelanggan terhadap reka bentuk baru dan radikal yang mungkin atau tidak langsung dikeluarkan," katanya. - BERNAMA

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
Meminati Auto-Mechanical, tapi tak suka berlumba-lumba di jalan raya, Bahaya!!, :-)

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "