2+4 hrs...Twogether Fourever

Jumaat : 14 Mac 2025   
@ 15 Ramadan 1446H / 7:32 PM

6Jumaat,Mei

Penyelamat Obama

WASHINGTON - Pembunuhan Osama Laden pastinya menjadi detik paling gemilang dalam pemerintahan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama yang menerima sokongan meningkat selepas pengumuman kematian pemimpin kumpulan militan Al-Qaeda itu.

Ini kerana sokongan terhadap Obama didapati meningkat secara mendadak selepas pengumuman pembunuhan pemimpin Al-Qaeda berumur 54 tahun itu, kelmarin, selepas 10 tahun Washington mengisytiharkan perang terhadapanya

Tinjaun yang dilakukan sejurus selepas pengumuman Obama itu menunjukkan imej Obama naik mendadak dan memperbaiki pandangan rakyat AS mengenai kepimpinan beliau serta usahanya menentang keganasan.

Seramai empat daripada 10 rakyat AS mengakui pandangan mereka terhadap Obama bertambah baik selepas beliau mengarahkan operasi pembunuhan Osama yang didakwa menjadi dalang serangan di New York dan Washington pada 11 September 2001.

Menurut pemerhati, tiada jaminan peningkatan sokongan terhadap Obama akan bertahan sehingga pilihan raya AS tahun depan tetapi ia berjaya meningkatkan imej beliau sebagai pemimpin tentera.

Tinjauan terbaru itu menunjukkan 39 peratus rakyat AS lebih percaya kepada kepimpinan Obama dan 42 peratus mengakui usaha beliau dalam menentang keganasan.

Selain itu, 32 peratus rakyat berpendapat Obama patut menerima pujian tertinggi berhubung operasi pembunuhan itu manakala 13 peratus lagi mahu pujian diberikan kepada bekas presiden, George W Bush.

Sokongan terhadap Obama sebelum ini menurun sejak beberapa minggu lalu kerana rakyat khuatir dengan masalah peningkatan harga minyak, kadar pengangguran yang tinggi dan masalah ekonomi di negara itu.

Pembunuhan Osama juga memberi kesan kepada tahanan di Penjara Guantanamo apabila satu pertiga rakyat AS bersetuju suspek pengganas ditahan tanpa perbicaraan selepas pengumuman Osama dibunuh.

Pengumuman itu juga dilihat jatuh pada waktu sempurna buat Obama yang baru sahaja melancarkan kempen mempertahan jawatan presiden pada pilihan raya tahun depan.
Unknown , Jumaat, Mei 06, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog