ISLAMABAD: Seorang anak perempuan Osama bin Laden berkata, pemimpin al-Qaeda itu ditangkap hidup-hidup oleh tentera elit Amerika Syarikat sebelum ditembak mati.
Menurut anak Osama yang berusia 12 tahun itu, dia melihat bagaimana bapanya menjalani 'hukuman mati' itu sebelum mayat berkenaan diheret ke sebuah helikopter.
Laporan itu disiarkan rangkaian berita al-Arabiya yang memetik seorang pegawai keselamatan kanan Pakistan, semalam.
Al-Arabiya juga melaporkan, seorang pegawai keselamatan Pakistan menafikan dakwaan AS mengenai berlaku pertempuran di antara tentera negara itu dengan penghuni rumah persembunyian Osama.
Katanya, tiada sebutir peluru pun ditembak dari kawasan berkenaan ke arah helikopter atau tentera AS.
"Helikopter tentera AS mengalami masalah teknikal dan terhempas.
"Bangkai pesawat itu kemudian terus ditinggalkan begitu saja," katanya.
Sebelum ini, pegawai AS mendakwa Osama bersenjata raifal AK-47 ketika serbuan ke atas tempat persembunyiannya di Abbottabad dilakukan Isnin lalu.
Pegawai antikeganasan AS, John Brennan, juga mendakwa kononnya Osama menjadikan isterinya sebagai perisai ketika dia dibunuh.
Bagaimanapun, malam kelmarin, Washington mengubah cerita itu dan mendakwa, Osama sebenarnya tidak bersenjata ketika komando elit tentera laut AS menyerbu rumah berkenaan.
Mengulas mengenai percanggahan itu maklumat itu, Rumah Putih mendakwa, ia memang biasa berlaku, kononnya akibat kekeliruan pertempuran.
Pegawai keselamatan juga tidak menemui sebarang senjata atau bahan letupan ketika menggeledah kediaman tiga tingkat dilengkapi 13 bilik itu.
Sebaliknya, mereka hanya memindahkan dua kerbau, seekor lembu dan kira-kira 150 ayam dari kawasan berkenaan.
Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Jay Carney, berkata tentera AS mengendalikan operasi itu dengan penuh profesionalisme.
"Osama terbunuh dalam operasi itu kerana dia melawan," katanya.
Al-Arabiya juga melaporkan, ahli keluarga Osama yang terselamat, termasuk enam kanak-kanak dan seorang isterinya, kini ditempatkan di hospital di Rawalpindi.
Isteri paling muda Osama, Amal al-Sadah, 27, mengalami kecederaan akibat ditembak di kakinya. - DM
Jumaat, Mei 06, 2011
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Osama ditawan sebelum dibunuh silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "