2+4 hrs...Twogether Fourever

Khamis : 24 April 2025   
@ 26 Syawal 1446H / 10:31 AM

10Selasa,Mei

Osama di Pakistan 2003

GAMBAR yang dipetik dari siaran berita Geo TV Pakistan menunjukkan pasport milik isteri muda Osama, Amal Ahmed Abdul Fattah.

ISLAMABAD – Osama bin Laden mungkin telah tinggal di Pakistan selama tujuh tahun sebelum dia ditembak mati oleh skuad pembunuh elit Amerika Syarikat (AS) Isnin lalu.

Seorang daripada balunya, Amal Ahmed Abdul Fattah, 29, memberitahu penyiasat Pakistan, suaminya itu telah tinggal di sebuah kampung di negara ini hampir dua tahun setengah sebelum berpindah ke rumah agam di bandar Abbottabad, tempat dia dibunuh.

Amal dilaporkan berkahwin dengan Osama, kira-kira 10 tahun lalu, kini dirawat kakinya yang ditembak oleh skuad pembunuh elit AS semasa serbuan. AS mahu mendapatkan perintah ekstradisi terhadapnya.

Menurut penyiasat Pakistan, isteri kepada pemimpin al-Qaeda itu turut memberitahu suami dan keluarganya telah menetap di rumah agam tersebut sejak lebih lima tahun lalu.

"Mereka telah tinggal di sebuah kampung di daerah Hariour selama hampir dua tahun lebih sebelum berpindah ke Abbottabad pada akhir tahun 2005," kata seorang daripada pegawai penyiasat kepada Reuters yang enggan dikenali.

Amal dan dua lagi isteri Osama, selain 13 orang anaknya adalah antara 15 hingga 16 orang yang ditahan oleh pihak berkuasa Pakistan di rumah agam itu selepas operasi serbuan tentera elit AS.

Pakistan yang sangat bergantung kepada bantuan berbilion-bilion dolar AS menerima tekanan kuat untuk menjelaskan bagaimana Osama boleh tinggal untuk jangka masa yang lama di negara itu tanpa dikesan.

Rasa syak semakin mendalam bahawa agensi perisikan Pakistan, Perisikan Antara Agensi (ISI) yang telah lama berhubung dengan kumpulan militan mungkin ada hubungan dengan Osama atau sekurang-kurangnya seorang daripada agennya.

Pakistan menafikan tuduhan itu dan menegaskan telah melakukan sebaik mungkin dalam memerangi pengganas selepas pengikut al-Qaeda melancarkan serangan 11 September 2001 ke atas AS. – Reuters

Unknown , Selasa, Mei 10, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog