/

Individu Lakukan Jenayah Berselindung Di Sebalik Personaliti Baik : Pakar

KUALA LUMPUR, 4 Mei - Tindakan individu yang melakukan kesalahan jenayah tetapi menafikan perbuatan itu adalah sikap normal manusia untuk mengelak daripada dikenakan hukuman, kata seorang perunding psikologi.

Khairol Anuar Masuan, daripada K&A Applied Psychology Consultancy, berkata mereka yang melakukan jenayah sama ada ringan atau berat tidak akan menampakkan sifat jahat mereka sebaliknya akan menonjolkan personaliti yang baik bagi mengabui mata masyarakat.

"Kita namakan ia sebagai 'helah bela diri' apabila pemilik personaliti ini akan menenggelamkan sifat jahat supaya tidak kelihatan dengan membesarkan sifat baik atau istilah lain dinamakan hipokrit.

"Contoh kes di luar negara, seorang wanita yang membunuh anaknya akan menunjukkan kesedihan yang kononnya anaknya mati dibunuh (orang lain) semata-mata ingin mengabui mata masyarakat
," katanya kepada Bernama di sini Khamis.

Ditanya sama ada pelaku jenayah itu mempunyai "split personality" (dua perwatakan), Khairol Anuar berkata ia adalah tingkah laku yang berbeza.

"Pemilik personaliti helah bela diri ini sedar mengenai kesalahan jenayah yang dilakukannya. Ini berbeza dengan 'split personality' apabila mereka langsung tidak menyedari perbuatan jenayah yang dilakukan," katanya.

Pakar Psikiatri dari Jabatan Perubatan Psikologi Universiti Malaya, Dr Muhammad Muhsin Ahmad Zahari berkata seseorang yang melakukan jenayah tetapi enggan mengakui perbuatan itu tidak semestinya dilihat sebagai memiliki dua perwatakan.

"Perkara (menafikan perbuatan jenayah) adalah lumrah manusia. Memang masyarakat memang suka pujian dan menafikan perkara negatif yang terdapat pada mereka.

Jika dilihat dari segi psikologi, ia memang naluri manusia biasa,"
katanya.

Muhammad Muhsin berkata seseorang yang mempunyai dua perwatakan tidak semestinya hanya disabitkan dengan kesalahan jenayah sebaliknya mempunyai karakter lain seperti seorang yang pendiam atau peramah dalam dua masa yang berlainan.

Katanya individu yang cenderung kepada dua perwatakan ialah mereka yang mempunyai sejarah lampau seperti penderaan, ibu bapa terlibat jenayah dan persekitaran rumah tangga yang ganas. - Bernama

Oleh Normawati Muhamad Nor

Muhammad Ttuyup , Jumaat, Mei 06, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog