Rabu : 23 April 2025   
@ 25 Syawal 1446H / 8:55 PM

5Khamis,Mei

Anak Osama saksi bapa ditembak komando AS

OBAMA (dua dari kiri), Biden (kiri sekali) dan Hillary (dua dari kanan) memantau serangan komando di Abbotabad.
Pemimpin al-Qaeda tidak bersenjata ketika serangan
 
ISLAMABAD: Anak perempuan Osama bin Laden berusia 12 tahun menjadi saksi bagaimana bapanya yang tidak bersenjata mati selepas muka dan kepalanya kena tembakan komando Amerika Syarikat di kediaman mereka di kawasan mewah Abbotabad.
 
Ketika semakin banyak butir-butir kejadian didedahkan, kerajaan Pakistan juga memberitahu, anggota keluarga Osama selamat dan berada di bawah perlindungan Islamabad.
 
"Ada pihak bertanya mengenai lokasi anggota keluarga Osama. Mereka selamat dan dijaga mengikut undang-undang," menurut kenyataan Kementerian Luar.
 
Amerika juga menarik balik kenyataan awal kononnya seorang isteri Osama menjadi 'perisai manusia' bagi menghalang komando Amerika membunuh suaminya.
 
Seorang pegawai agensi perisikan Pakistan, ISI memberitahu Perbadanan Penyiaran Britain (BBC), seramai 17 atau 18 orang berada dalam kediaman di Abbotabad itu ketika serangan dilancarkan.
 
Salah seorang daripada mereka termasuk anak perempuan Osama manakala isteri termuda Osama, Amal Ahmed al-Sadah, 27, terselamat tetapi cedera.
 
Pegawai Amerika berkata, dua adik beradik yang dipercayai menjadi orang perantaraannya dan seorang lagi anak lelaki pemimpin kanan al-Qaeda turut maut dalam serangan itu.
 
Operasi itu disaksikan secara langsung oleh Presiden Amerika, Barack Obama dan beberapa menteri kanan lain termasuk Naib Presiden, Joe Biden dan Setiausaha Negara, Hillary Clinton.
 
Gambar serangan yang diambil tentera Amerika menunjukkan tembakan kena tepat pada bahagian atas mata kiri Osama.
 
Amerika mendedahkan, pasukan penyerang membawa cakera padat, DVD dan dokumen di lokasi serangan dipercayai dapat mendedahkan butir-butir operasi al-Qaeda dan diharap membantu buruan pemimpin kedua kumpulan itu, Ayman al-Zawahri.
 
Di WASHINGTON, Amerika menyatakan tiada bukti menunjukkan pegawai Pakistan tahu Osama tinggal di lokasi serangan itu tetapi tidak menolak sepenuhnya perkara itu.
 
Abbotabad adalah sebuah bandar tentera 62 kilometer dari ibu negara, Islamabad.
 
"Mereka (pegawai Pakistan) terkejut besar seperti juga kami selepas mendapat tahu apa yang berlaku di situ, jadi pada masa ini tiada tanda-tanda orang yang kami jumpa dan berbincang menyedari Osama ada di tempat berkenaan tetapi kami masih perlu terus menyiasat," kata ketua tindakan memerangi keganasan, John Brennan ketika diwawancara radio awam.
 
Apabila ditanya sama ada pegawai tentera Pakistan mungkin tahu Osama berada di situ, Brennan berkata, ia satu kemungkinan juga.
 
"Mungkin terlalu awal untuk menolak kemungkinan ada individu dalam tentera Pakistan termasuk orang kanannya tetapi kami tidak mahu menuduh buat masa ini," katanya lagi.
 
Apapun, pendedahan berita bahawa Osama terbunuh di pintu depan rumahnya dianggap sebagai sukar diterima menyebabkan teori konspirasi mengenai aktiviti keji Amerika Syarikat bertambah beberapa kali ganda di kalangan penduduk di bandar senyap Pakistan di Abbotabad.
 
Terletak di kawasan berbukit dipenuhi pokok pain, pinggiran Bilal, kawasan terkenal sebagai bandar tentera di sini adalah tempat terakhir di Pakistan untuk orang ramai membayangkan menjadi tempat persembunyian lelaki 'paling dikehendaki' dunia itu.
 
Abbotabad tidak seperti kawasan lain di barat laut kerana kebanyakan penduduk memakai pakaian ala-Barat. Berbeza dengan tempat kelahiran asal Osama di Arab Saudi, wanita dilihat memandu kereta dan tiada siapa yang bercakap kepada wartawan asing pernah melihat warga Arab di sini.
 
Bashir Qureshi, 61, yang tinggal tidak jauh dari mana Osama ditembak dan tingkapnya tercabut dalam serbuan itu, turut menolak kehadiran Osama. – Agensi
Unknown , Khamis, Mei 05, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog