2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Saintis cipta model komputer otak

LONDON 11 April – Saintis melangkah semakin hampir untuk membina model komputer bagi otak setelah berjaya buat kali pertama untuk memetakan sambungan dan fungsi sel saraf di dalam organ terpenting itu secara serentak.

Pasukan penyelidik dari University College London (UCL) di Britain menggambarkan teknik yang dihasilkan dalam badan tikus bagi membolehkan mereka menggabungkan maklumat mengenai fungsi neuron dengan butir-butir sambungannya.

Kajian mereka yang disiarkan dalam jurnal Nature, semalam adalah sebahagian daripada bidang penyelidikan neurosains yang baru berkembang dikenali sebagai connectomics.

Sedikit sebanyak seperti genomics yang memetakan komposisi genetik manusia, connectomics bertujuan memetakan sambungan di dalam otak yang dikenali sebagai synapse.

Dengan merungkai dan memetakan sambungan itu, serta mentafsirkan cara maklumat mengalir mengikut litar otak, saintis berharap dapat memahami bagaimana fikiran dan persepsi dijanakan di dalam otak dan bagaimana fungsi tersebut menjadi rosak dalam penyakit seperti Alzheimer, skizofrenia dan strok.

"Kita sudah mula mengungkai kompleksiti otak dan apabila kita memahami fungsi dan sambungan sel saraf yang meliputi pelbagai lapisan otak, kita boleh mula menghasilkan simulasi fungsi organ ajaib ini di komputer," kata ketua kajian, Tom Mrsic-Flogel.

Namun, katanya, saintis memerlukan tempoh kajian bertahun-tahun lagi di samping kapasiti pemprosesan komputer yang sangat besar, sebelum simulasi itu dapat dihasilkan.

Mrsic-Flogel menjelaskan bahawa memetakan semua sambungan di dalam otak bukanlah satu kejayaan kecil kerana dianggarkan terdapat 100 bilion sel saraf atau neuron di dalam otak, setiap satunya bersambung dengan beribu-ribu sel saraf lain, untuk mewujudkan kira-kira 150 trilion synapse atau sambungan.

"Bagaimana kita hendak mengetahui cara litar saraf otak berfungsi?

"Kita perlu terlebih dahulu memahami fungsi setiap neuron dan mengenal pasti sel otak lain yang bersambung dengannya," ujar beliau. – Reuters

 
Muhammad Ttuyup , Rabu, April 13, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog