SETIU, 6 April - Kemalangan perjalanan pergi dan pulang daripada tempat kerja menyumbang hampir 40 peratus kepada jumlah kemalangan industri di negara ini, kata Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH) Tan Sri Lee Lam Thye.
Beliau berkata mengikut statistik yang dikeluarkan Perkeso, sebanyak 55,208 kes kemalangan dilapor berlaku sepanjang tahun 2009 dan daripada jumlah itu 20,814 merupakan kemalangan semasa perjalanan pergi dan pulang dari kerja.
"Daripada 20,814 kes itu, lebih 50 peratus melibatkan pekerja yang menggunakan motosikal untuk berulang alik ke tempat kerja dan kediaman mereka," katanya selepas merasmikan 'Osh Seminar-Dirty, Dangerous And Difficult' di sini.
Sementara itu, Lee berkata kesedaran tentang betapa pentingnya Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) di kalangan majikan di negara ini telah meningkat.
Beliau berkata pengurusan OSH yang berkesan tidak hanya mengurangkan risiko terhadap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja tetapi juga mampu memberi peningkatan tingi dalam produktiviti dan keuntungan syarikat ekoran keyakinan pekerja terhadap keselamatan mereka. - Bernama
Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "