MOSCOW 7 April - Sebuah kapsul Soyuz dihiasi portret manusia pertama berada di angkasa, selamat berlabuh di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) hari ini, hanya beberapa hari sebelum ulang tahun ke-50 penerbangan bersejarah Yuri Gagarin ke angkasa.
Angkasawan Amerika Syarikat (AS), Ron Garan serta dua rakannya dari Rusia, Alexander Samokutyayev dan Andrey Borisenko dijadual menyertai tiga krew yang sudah pun berada di dalam ISS, selepas mereka berlabuh pada pukul 3.09 pagi waktu Moscow (7.09 pagi ini waktu Malaysia), menurut Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA).
Soyuz TMA-21 yang memaparkan gambar Gagarin di tepinya berlepas beberapa jam sebelum subuh kelmarin dari tapak pelancaran Baikonur di Kazakhstan, di mana bermulanya penerbangan angkasawan ikon tersebut pada 12 April 1961.
Kapsul yang sempit itu tidak banyak berbeza daripada pesawat Soviet yang membawa Gagarin mengelilingi Bumi dalam penerbangan satu orbit selama 108 minit yang menggemparkan dunia dan menghangatkan perlumbaan di angkasa lepas antara Amerika Syarikat (AS) dengan Kesatuan Soviet.
Garan dalam catatan blognya yang terakhir sebelum berlepas kelmarin menggambarkan penerbangan Gagarin itu sebagai 'lompatan gergasi dalam evolusi kita sebagai spesies'.
Angkasawan AS itu, yang sejak kecil mempercayai beliau ada pertalian darah dengan idola angkasa lepas Soviet itu menerusi seorang moyang bernama Ivan Gagarin yang berhijrah ke AS, berkata, penerbangan Gagarin merintis jalan kerjasama antara dua kuasa besar bersenjata nuklear.
"Tidak syak lagi dalam fikiran saya, dunia kini lebih selamat dan lebih aman berbanding keadaannya jika kita tidak mengambil langkah pertama untuk meneroka angkasa lepas," tulis Garan.
Malah semasa kemuncak Perang Dingin pun, Rusia dan AS masih dapat mencari jalan untuk bekerjasama semasa program Apollo-Soyuz yang membawa kepada kejayaan pesawat angkasa AS dan Rusia bercantum buat kali pertama pada 1975, katanya. - Reuters

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "