HAVANA 19 April - Pemimpin revolusi Cuba, Fidel Castro mengesahkan beliau telah meletak jawatan daripada barisan kepimpinan tertinggi Parti Komunis Cuba dalam satu laporan yang disiarkan, hari ini.
Pengumuman beliau itu dibuat sehari selepas partinya meluluskan satu program pembaharuan ekonomi.
"Raul tahu yang saya tidak akan menerima sebarang jawatan rasmi dalam parti hari ini," katanya dalam portal Cubadebate.cu merujuk kepada adiknya, Raul Castro dan juga ketidakhadiran beliau pada Kongres Jawatankuasa Pusat Parti Komunis yang berakhir, semalam.
Castro, 84, berkhidmat sebagai Setiausaha Pertama Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Cuba yang menjadi tunggak penting kerajaan komunis Cuba sejak penubuhan parti itu pada 1965.
Kata pemimpin itu, beliau telah menyerahkan kuasa pimpinan parti kepada Raul semasa adiknya itu memangku jawatan selepas kesihatannya merosot pada 2006, walaupun masih memegang kedudukan tertinggi parti.
"Saya sentiasa menganggap Raul sebagai Setiausaha Pertama dan Panglima Besar. Beliau tidak pernah gagal melaksanakan agenda yang dirancang parti," katanya.
Keputusan Castro itu dibuat selepas Kongres Parti Komunis meluluskan beberapa pembaharuan yang bertujuan mengukuhkan ekonomi Cuba tanpa melibatkan perubahan besar berorientasikan ekonomi.
Pengunduran Castro itu kemungkinan besar akan menyaksikan perlantikan Raul, 80, sebagai Setiausaha Pertama Parti Komunis.
Raul Sabtu lalu berkata, beliau menyokong penggal pemerintahan selama 10 tahun bagi kebanyakan jawatan tertinggi parti di negara yang diperintah beliau dan abangnya untuk lebih lima dekad. - AFP

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "