BEIJING: China merancang untuk mewujudkan bandar raya mega terbesar di dunia dengan menggabungkan sembilan bandar raya bagi membentuk bandar metropolis yang mempunyai saiz dua kali ganda Wales dengan kira-kira 42 juta penduduk.
Perancang bandar raya di selatan China telah membentangkan pelan untuk menggabungkan sembilan bandar raya yang berada di sekitar delta Sungai Pearl. Skim mengubah 'Delta Sungai Pearl Menjadi Satu' akan membentuk kawasan perbandaran seluas 16,000 batu persegi iaitu 26 kali lebih besar daripada London atau dua kali ganda saiz Wales.
Bandar raya mega itu akan membabitkan sebahagian besar kawasan industri di tengah China daripada Guangzhou ke Shenzhen dan termasuk Foshan, Dongguan, Zhongshan, Zhuhai, Jiangmen, Huizhou dan Zhaoqing. Gabungan itu akan membentuk hampir satu persepuluh ekonomi China.
Dalam tempoh enam tahun akan datang sebanyak 150 projek infrastruktur utama akan menjana jaringan pengangkutan, tenaga, air dan rangkaian telekomunikasi di sembilan bandar raya itu dengan kos kira-kira dua trilion yuan (RM1 trilion). Satu landasan kereta api ekspres juga akan dibina bagi menghubungkan hub bandar raya itu dengan Hong Kong.
"Idea penggabungan bandar raya ini bertujuan membolehkan penduduk bergerak secara bebas dan menggunakan pusat kesihatan dan kemudahan lain di kawasan berbeza," kata Ketua Perancang Institut Perancang Bandar dan Luar Bandar Guangdong dan perunding kanan projek berkenaan, Ma Xiangming.
Bagaimanapun, beliau berkata "belum ada lagi nama yang dipilih untuk kawasan itu. Ia bukan seperti London atau Tokyo kerana tidak ada bandar di tengah bandar raya megapolis ini," katanya.
"Kami tidak boleh menamakannya dengan nama bandar raya yang sudah ada."
"Ia akan membantu perkembangan industri dan memberi peluang pekerjaan di negara ini dan perkhidmatan awam akan lebih baik," tambahnya.
Ma berkata, penduduk boleh menggunakan kad kereta api secara umum dan membeli tiket tahunan bagi digunakan di sekeliling bandar raya mega itu.

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
Meminati Auto-Mechanical, tapi tak suka berlumba-lumba di jalan raya, Bahaya!!, :-)

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "