2+4 hrs...Twogether Fourever

Sabtu : 15 Mac 2025   
@ 16 Ramadan 1446H / 2:19 PM

8Selasa,Februari

Assange cabar perintah ekstradisi

LONDON: Pengasas WikiLeaks, Julian Assange muncul di sebuah mahkamah Britain hari ini untuk mencabar ekstradisi beliau ke Sweden ketika kebocoran maklumat mengenai dakwaan rogol dan pencabulan seks yang dihadapinya tersebar meluas.

Perbicaraan selama dua hari di mahkamah dengan kawalan keselamatan ketat di London akan menyiasat waran tangkap bagi rakyat Australia berusia 39 tahun itu yang menjadi perhatian dunia selepas Wikileaks membocorkan beribu-ribu maklumat rahsia membabitkan kabel diplomatik Amerika Syarikat.
 
Selebriti yang menyokong beliau termasuk Jemima Khan yang akan mengetuai perhimpunan di London hari ini bagi Assange yang berkeras bahawa dakwaan seks terhadap bekas penggodam komputer berkenaan oleh dua wanita Sweden itu bermotifkan politik.
 
Hakim dijangkakan akan mempertahankan keputusan beliau dalam kes di Mahkamah Majistret Belmarsh di selatan London itu. Jika perintah dikenakan terhadap Assange beliau boleh membuat rayuan terhadap semua keputusan itu di mahkamah agung England.

Peguam beliau mempertikaikan jika Assange diekstradisi ke Sweden, beliau berhadapan dengan risiko ekstradisi atau mungkin penghantaran ke Amerika Syarikat di mana beliau dikatakan akan berhadapan dengan hukuman mati.

Assange dibebaskan dengan jaminan seminggu selepas beliau ditahan pada 7 Disember dan sejak itu tinggal di sebuah kediaman milik rakannya di bawah syarat ketat termasuk mematuhi arahan perintah berkurung, memakai tag buku lali elektronik dan perlu lapor diri kepada pihak polis setiap hari.

Ketika perbicaraan terakhir Januari lalu, hakim meringankan syarat untuk Ahad dan Isnin bermakna Assange akan dibenarkan tidur di kelab media Frontline di London bagi kedua malam berkenaan untuk memudahkan beliau menghadiri perbicaraan mahkamah.

Pihak berkuasa Sweden berkata mereka mahu menyoal siasat Assange membabitkan dakwaan serangan seksual terhadapnya oleh dua wanita terbabit.

Laporan polis Sweden yang lengkap dengan keterangan grafik mengenai dakwaan itu dilaporkan bocor di internet sejak minggu lalu. – AFP
Harjan Milosevic , Selasa, Februari 08, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Harjan Milosevic

Meminati Auto-Mechanical, tapi tak suka berlumba-lumba di jalan raya, Bahaya!!, :-)

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog