/

Amalan Poligami Antara Penyumbang Kanser Pangkal Rahim

KUALA TERENGGANU, 14 Feb - Amalan berpoligami adalah antara penyumbang kepada kanser pangkal rahim di kalangan wanita berikutan sikap segelintir suami mengabaikan kebersihan diri.

Pakar Perubatan Keluarga Pejabat Kesihatan Daerah Marang, Dr Suhazeli Abdullah berkata ada isteri-isteri yang mengalami penyakit pembunuh senyap itu, menderita setelah dijangkiti virus daripada lelaki yang berpoligami atau lelaki yang melakukan hubungan seks rambang.

"Kebersihan itu sangat penting bagi lelaki yang berpoligami bagi mencegah kanser pangkal rahim terhadap isteri mereka," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah 'Penyakit Alaf Baru Pembunuh Senyap' anjuran Universiti Malaysia Terengganu (UMT) melibatkan 200 pelajar dan kakitangan UMT di sini Isnin.

Dr Suhazeli berkata sebagai langkah awal bagi mencegah penyakit kanser pangkal rahim, Kementerian Kesihatan menggalakkan semua pelajar perempuan tingkatan satu dan dua mengambil suntikan Human Papillomavirus (HPV).

Dr Suhazeli berkata pelajar-pelajar itu perlu mengambil suntikan sebanyak tiga dos untuk sepanjang hayat bagi mencegah penyakit kanser pangkal rahim.

"Ada juga ibubapa tidak membenarkan anak mereka disuntik dengan HPV kerana berpendapat anak mereka bukan berperangai liar.

"Pengambilan suntikan HPV adalah digalakkan, sebagai langkah pencegahan kerana kita tidak tahu lebih dekat mengenai gaya hidup anak kita. Bagaimanapun pengambilan HPV bukanlah lesen untuk mereka lebih bebas bergaul
," katanya.

Beliau berkata vaksin ini juga boleh didapati di klinik-klinik kesihatan dan wanita yang inginkan vaksin HPV boleh mendapatkannya di klinik-klinik berkenaan sebagai langkah pencegahan. - Bernama

Muhammad Ttuyup , Selasa, Februari 15, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog