2+4 hrs...Twogether Fourever

/

UFO rosakkan sawah di Yogyakarta

PEMANDANGAN lingkaran bulat di tengah sawah yang didakwa akibat perbuatan UFO di Slamen, Jogjakarta, Indonesia. & SEJUMLAH orang menaiki bukit dan merakamkan gambar corak unik yang dipercayai dihasilkan objek terbang tidak dikenali di kawasan sawah padi di Sleman, Yogyakarta semalam.
 
Penduduk berjaga-jaga supaya tanaman tidak dipijak orang ramai bertumpu tapak kejadian

JAKARTA
: Harapan sekumpulan enam petani yang juga pemilik tujuh petak sawah di Dusun Jogomangsan, Desa Jogotirto, Kecamatan Berbah, Sleman di Yogyakarta untuk segera menuai padi terjejas berikutan kawasan penanaman mereka menjadi tumpuan dengan kehadiran 'lingkaran UFO'.

Seorang daripada pemilik sawah terbabit, Ngadiran berkata, beliau mendapati tanah sawahnya menjadi tumpuan beratus-ratus penduduk dari Gunung Suru sejak awal pagi semalam menyebabkan beliau terpaksa berjaga-jaga supaya tanamannya tidak rosak dipijak mereka
 
Sawah Ngadiran kini sudah berisi padi yang boleh dituai tidak lama lagi. Beliau hanya mampu menempatkan tulisan larangan memasuki kawasan sawahnya supaya tanaman padi tidak rosak dipijak penduduk yang semakin ramai memenuhi kawasan itu.

Fenomena crop circle atau lingkaran tanaman terbabit masih lagi menjadi misteri walaupun ramai yang menganggap ia adalah jejak UFO (objek terbang tidak diketahui asal usulnya) pasti, manakala yang lain berpendapat ia buatan manusia atau fenomena alam biasa.

Bekas Ketua Observatorium Bosscha, Moedji Raharto, berkata sekiranya ia adalah fenomena UFO atau orang asing, pastinya mereka akan meninggalkan sesuatu dan tidak mungkin datang tanpa membawa apa-apa.

Sesuatu yang ditinggalkan boleh digunakan sebagai bahan kajian untuk mengetahui kebenarannya manakala analisis kimia tanah boleh dilakukan untuk mengetahuinya.

"Kita boleh lihat apakah ada perubahan unsur kimia tanahnya, apakah sama dengan lingkungannya. Jika memang jejak UFO, maka perbezaan unsur kimia pasti ada. Sama seperti meteorit yang berbeza unsur kimia dengan tanah.

Bagaimanapun, Moedji berkata adalah sukar untuk mengesan perkara itu berikutan makhluk asing dan UFO datang dengan membawa unsur kimia yang agak jarang ditemui sehingga sulit untuk dikesan. Belum dapat diketahui dengan pasti unsur kimia yang dapat membezakan kerana kehadiran UFO ke bumi belum boleh dibuktikan secara ilmiah.

Lingkaran dengan ukuran garis pusat antara 25-30 meter itu mempunyai lingkaran kecil di tengah, bentuk segi tiga serta lingkaran besar hingga paling besar.

"Kejadian pagi kelmarin (Ahad) saya rasakan seperti jejak pesawat makhluk asing seperti yang pernah dilihat di televisyen," kata Cahyo Utomo, warga Krasakan.

Jejak itu amat besar dan kelihatan seperti UFO yang biasa digambarkan melalui filem atau berita di televisyen dari luar negara.– Agensi.
Muhammad Ttuyup , Rabu, Januari 26, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog