/

Pesakit Mental Meningkat 15.6 Peratus Tahun Lalu - Menteri Kesihatan

PUTRAJAYA, 18 Jan - Kementerian Kesihatan amat peka dan bimbang tentang peningkatan masalah kesihatan mental di mana sepanjang tahun lalu sebanyak 400,227 pesakit mental menjalani rawatan di hospital kerajaan.

"Jumlah ini menunjukkan peningkatan sebanyak 15.6 peratus daripada tahun 2009," kata Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental di sini Selasa.

Beliau berkata peningkatan angka itu dilihat selari dengan ramalan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa beban masalah kesihatan mental dijangka akan terus meningkat pada kadar 15 peratus menjelang 2020.

"Menjelang 2020 juga, salah satu dari gangguan mental iaitu kemurungan dijangka akan menduduki tempat kedua dari segi beban penyakit selepas penyakit jantung iskemia," katanya.

Melihat pada perkembangan itu, Liow berkata kementerian berkenaan akan memfokuskan kepaada aktiviti mempromosi minda sihat dan pencegahan penyakit mental termasuk pelaksanaan Program Menangani Stres di Sekolah sepanjang tahun ini.

"Satu projek perintis akan diadakan di mana empat Sekolah Menengah telah dipilih untuk menjalankan Program Menangani Stres di Sekolah selama enam bulan bagi menangani kesihatan mental seawal umur remaja," katanya.

Empat sekolah tersebut ialah Sekolah Menengah Sains, Teluk Intan, Perak; SMK Datuk Haji Ahmad Badawi, Kepala Batas, Pulau Pinang; SMK Simpang Bekok, Jasin, Melaka; dan SMK St Michael, Penampang, Sabah.

Beliau berkata projek perintis berkenaan yang akan bermula Februari depan dilihat perlu diadakan kerana mengikut kajian terdapat juga peningkatan masalah kesihatan mental di kalangan remaja ketika ini.

Liow berkata program itu akan menggunakan modul Menangani Stres di Kalangan Pelajar yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan dan jika bersesuaian ia akan diperluaskan ke semua sekolah di seluruh negara mulai tahun hadapan.

Merujuk kepada Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan, beliau berkata kes morbiditi psikiatrik atau pemikiran tidak sihat meningkat sebanyak 11.2 pada tahun 2006 berbanding 10.6 peratus pada 1996.

Kadarnya adalah lebih tinggi di kalangan wanita muda yang berumur antara 16 dan 19 tahun dan wanita berusia antara 70 dan 74 tahun dengan 6.4 peratus daripada mereka mempunyai idea untuk membunuh diri, katanya.

Beliau berkata kekurangan ahli psikiatrik turut membimbangkan di mana ketika ini hanya terdapat 124 orang psikiatrik di seluruh negara iaitu dengan nisbah 1:115,000 penduduk dan hanya terdapat dua psikiatrik klinikal di negara ini.

"Ia amatlah kurang dari keperluan yang ditetapkan oleh WHO iaitu nisbah 1:50,000 penduduk bagi negara membangun. Oleh itu kita akan latih seramai mungkin psikiatrik," kata Liow. - Bernama

Muhammad Ttuyup , Khamis, Januari 20, 2011 | 1 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

1 ulasan :

  1. Lebih baik cegah dahulu dari awal sebelum terlambat fikira mestilah sentiasa tenang dan kena banyak bersabar dalam hidup.

    BalasPadam

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog