2+4 hrs...Twogether Fourever

Khamis : 10 April 2025   
@ 12 Syawal 1446H / 5:56 PM

27Khamis,Januari

Penyebab Kanser dalam Kosmetik

Kanser usus dan perut
 
Datang daripada agen-agen gincu yang mana sebahagiannya adalah agen yang mutasikan sel-sel Kanser. Maklumat ini Badan Kesihatan sukar nak keluarkan data atas sebab-sebab perundangan dan komplikasi perdagangan. Kebanyakan Kanser Usus dan Perut dihadapi oleh kaum wanita menurut perangkaan tidak rasmi.
 
Sejak Kanser usus dan perut dikesan, ianya memakan masa yang singkat untuk berada ditahap 3 dan 4. Ketika ianya dikesan, tahap yang sukar diubati melainkan menangguhkan pembiakan sel melalui Chemograpy.
 
Kosmetik dan Kanser
 
Kecantikan yang dikejar pada hari ini sering kali berasaskan hawa nafsu dan terpisah daripada petunjuk agama. Kecantikan yang diutamakan ialah yang berkaitan dengan kulit bukannya hati.
 
Islam mementingkan kecantikan hati di samping tidak mengabaikan kecantikan zahir, selagi mana usaha itu tidak bercanggah dengan landasan syariat.
 
Bahaya kosmetik dan kanser
 
Jumlah mereka yang menghidap penyakit kanser terus meningkat. Majalah Lancet 1999 melaporkan, lebih kurang 1.5 juta wanita di negara-negara maju disahkan menghidap kanser setiap tahun dan majoritinya adalah kanser payu dara.
 
Mengikut Persatuan Kanser Amerika, setiap seorang daripada dua orang lelaki mempunyai risiko menghidap kanser dan bagi wanita, setiap seorang daripada tiga orang.. daripada jumlah keseluruhan kematian yang berlaku setiap tahun di Amerika, satu daripada empat berpunca daripada penyakit kanser.
 
Bagi tahun 2002, dianggarkan 1,200,000 kes-kes baru dapat dikesan dan lebih kurang 1,500 kematian dianggarkan berlaku setiap hari, disebabkan oleh kanser.

Dr. Samuel Epstein (M.D), Pengerusi Gabungan Pencegahan Kanser atau Cancer Prevention Coalition dan penulis buku The Safe Shopper's Bible dan The Politics of Cancer Revisited menyatakan, bahan-bahan toksik penyebab kanser memang terdapat di dalam produk yang sering digunakan oleh para pengguna pada hari ini, termasuk produk kosmetik.
 
Pada tahun 1990, lebih kurang 38,000 kes-kes kecederaan dilaporkan berlaku disebabkan oleh bahan-bahan kosmetik. Institut Kebangsaan Berhubung Keselamatan dan Kesihatan di tempat kerja di Amerika mendapati, terdapat 800 bahan kimia toksik di dalam alat-alat kosmetik yang digunakan pada hari ini.
 
Di antaranaya adalah:
 
Diethanolamine (DEA), Triethanolamine (TEA)
Ia adalah sejenis agen pelembap yang mudah bertukar menjadi agen kanser yang dikenali sebagai nitrosamines. Ia terdapat di dalam syampu dan sabun jenis cecair.
 
Blue 1, Green 3, Red 33, Yellow 5, Yellow 6
Semua ini adalah bahan pewarna yang sering digunakan pada hari ini dan boleh menyebabkan kanser kulit.
 
Sodium Lauryl sulfate, Ammonium Lauryl Sulfate, Sodium Laureth Sulfate, Ammonium Laureth Sulfate, Alpha Alefin Sulfinate
Bahan-bahan kimia ini dikenali sebagai surfactants dan digunakan bagi membersihkan rambut dan mengeluarkan buih. Ia terdapat di dalam syampu, sebagaian ubat gigi, krim pencukur dan sabun pembasuh baju. Bahan-bahan kimia ini berinteraksi untuk mengeluarkan 1,4 dioxane dan mengikut Institut Barah Kebangsaan di Amerika, bahan kimia ini menyebabkan kerosakan hati dan juga kanser.
 
Dr John baily, Pengarah bahagian Kosmetik dan Pewarna di Pentadbiran pemakanan dan Ubat-ubatan (FDA) di Amerika melaporkan, kebanyakan syampu, krim dan losen pada hari ini mengandungi kadar 1,4 dioxane yang lebih tinggi.
Muhammad Ttuyup , Khamis, Januari 27, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog