2+4 hrs...Twogether Fourever

Selasa : 15 April 2025   
@ 17 Syawal 1446H / 1:27 AM

27Khamis,Januari

Facebook, Twitter atasi Myspace

CANNES, Perancis 25 Jan. - Facebook dan Twitter mengungguli Myspace sebagai lokasi 'panas' terbaru untuk peminat bertemu dengan artis dan pelakon yang mereka minat, kata sumber industri.

Kedua-dua lawan web sosial itu juga menyediakan satu kemudahan besar baru untuk mempromosi konsert dan memujuk peminat muda untuk membeli muzik mereka.

''Ketika mereka yang berusia 16 hingga 24 tahun memilih untuk mencetak rompak lagu, mereka yang berusia 12 hingga 15 tahun pula merupakan pengguna tetap ruang digital hari ini dan pada masa depan,'' kata Naib Presiden penyelidik berpengaruh pasaran Forrester, Mark Mulligan pada pertemuan tahunan industri muzik MIDEM di Cannes.

Beliau berkata, walaupun hanya 15 peratus kumpulan muda itu memuat turun muzik secara 'rakan ke rakan' dan 12 peratus lagi membeli lagu, 56 peratus daripada mereka mendengar muzik menggunakan telefon bimbit dan 53 peratus menonton video di Internet.

''Mereka yang berumur 12 hingga 15 tahun mewakili pelanggan masa hadapan dan membesar menggunakan Internet, mahu pengalaman muzik yang membolehkan mereka menonton, mendengar dan berkongsi,'' kata Mulligan.

Beliau berkata, pemuzik juga semakin meningkat menerima perubahan itu dan mencuba pelbagai pendekatan kreatif untuk mendekati peminat dalam usaha meningkatkan populariti dan jualan muzik.

''Mengetahui cara menggunakan media sosial untuk mendekati peminat adalah kuncinya.

''Bagaimanapun, peminat mahukan lebih daripada sekadar infomasi mengenai konsert dan tarikh keluaran album atau lagu baru kumpulan yang mereka minati,'' kata Pengarah Pembangunan Digital dan Perniagaan, PIAS Entertainment, Adrian Pope.

Penyanyi Britain, Imogen Heap yang menggunakan Twitter sejak beberapa tahun lalu, selalu melibatkan peminatnya dalam menulis lagu baru.

Peminatnya juga menghantar 1,000 video klip yang membantu Heap membuat satu filem pendek dan disiarkan di konsertnya di Albert Hall, London pada tahun lepas serta ditonton oleh 482,00 orang di talian.

Heap turut menyatakan bahawa konsertnya di Jakarta, baru-baru ini juga dihadiri oleh beribu peminat selepas didedahkan melalui blognya dan Twitter. - AFP

Harjan Milosevic , Khamis, Januari 27, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Harjan Milosevic

Meminati Auto-Mechanical, tapi tak suka berlumba-lumba di jalan raya, Bahaya!!, :-)

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog