2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Bali diserang wabak Legionnaire?

DENPASAR 18 Jan. - Indonesia sedang menyiasat laporan mengenai wabak penyakit Legionnaire di Bali, selepas 10 rakyat Australia yang melawat pulau peranginan itu didapati dijangkiti penyakit itu.

Ketua Jabatan Kesihatan Bali, Nyoman Sutedja hari ini berkata, kerajaan Australia telah menyampaikan maklumat kemungkinan meletusnya wabak tersebut tetapi setakat ini tiada tanda penyakit itu ditemui di sini.

"Jabatan itu mengesyaki penyakit itu berpunca daripada hotel-hotel yang gagal membersihkan bekalan air mereka," katanya.

Jabatan Kesihatan Australia Barat memberi amaran kepada rakyatnya yang melawat Bali, baru-baru ini supaya berwaspada terhadap tanda-tanda penyakit Legionnaire selepas 10 warga Australia dirawat kerana penyakit seperti selesema yang boleh membawa maut itu.

Lima daripada mereka didapati mengalami pneumonia atau radang paru-paru selepas balik bercuti di Bali pada bulan lalu.

Pemangku ketua pegawai kesihatan Australia Barat, Andy Robertson berkata, pelancong terlibat dipercayai mendapat jangkitan di kawasan Kuta, tengah Bali yang merupakan tumpuan utama pelancong di pulau itu.

Penyakit itu selalunya mudah dijangkiti oleh golongan tua dan pertengahan umur, terutamanya perokok atau mereka yang menghidapi penyakit paru-paru, diabetes, penyakit buah pinggang atau sistem pelalian yang lemah.

Tanda-tandanya seperti influenza teruk termasuk demam, sejuk-sejuk badan, sengal otot, sakit kepala, keletihan, kurang selera makan, cirit-birit, batuk kering dan sesak nafas.

Penyakit Legionnaire disebabkan bakteria yang membiak di dalam air, terutama di persekitaran panas seperti tab mandi panas, tangki air panas, sistem paip dan sistem hawa dingin, dan berjangkit apabila titisan air yang tercemar disedut. - AFP

Muhammad Ttuyup , Khamis, Januari 20, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog