2+4 hrs...Twogether Fourever

Khamis : 10 April 2025   
@ 12 Syawal 1446H / 5:53 AM

26Rabu,Januari

At.Mosphere restoran tertinggi dunia

PELAYAN membawa hidangan kepada pelanggan di restoran At. Mosphere.
 
RM83 bayaran masuk untuk jamu selera pada ketinggian 442 meter

DUBAI: Restoran tertinggi di dunia dibuka secara rasmi di sini semalam menampilkan imej gaya hidup paling mewah menggunakan nama At.Mosphere yang berada pada ketinggian 1,350 kaki (442 meter) dari tanah di ketinggian tingkat 122 bangunan Burj Khalifa.

"Ia melakarkan semula konsep restoran di Dubai," kata Marc Dardenne, Ketua Pegawai Eksekutif Meaar Hospitality yang mengendalikan restoran terbabit.
 
At.Mosphere di bangunan Burj Khalifa setinggi 828 tingkat di Dubai itu adalah 'satu daripada pengalaman restoran bersantai serba mewah di dunia," kata Emaar Hospitality Group, anak syarikat gergasi pemaju hartanah Emaar.
 
Sekurang-kurangnya dua tingkat di bawah dek pemantau menara terbabit, yang menjadi restoran tertinggi di dunia boleh menempatkan lebih 210 tetamu dan mempunyai sebuah lobi ketibaan yang luas, satu tingkat restoran utama, bilik makan persendirian dan stesen mempamerkan masakan.

At.Mosphere kini mengatasi bangunan CN di Kanada yang pernah menjadi restoran tertinggi di dunia.

Dengan dilengkapi dinding dan siling mahogany, kelengkapan perabot Adam Tihany serta tingkat 'cafe au lait limestone' serta dilengkapi permaidani buatan tangan, restoran terbabit mempunyai daya tarikan tersendiri.

"Setiap aspek restoran direka dan dibuat secara teliti dengan dekorasi elegan, suasana nyaman, pilihan makanan dan standard perkhidmatan," kata Mohammed Alabbar, pengerusi Emaar Properties.

Sebagai tambahan kepada apartmen, pejabat dan hotel pereka Itali Giorgio Armani, bangunan terbabit mempunyai dek pemantau di tingkat 124, dibuka kepada pengunjung dengan bayaran masuk sekurang-kurangnya 100 dirham (RM83) bagi dewasa.

Emaar berbelanja AS$1.5 bilion (RM4.5 bilion) untuk menara terbabit yang dinamakan sempena Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Khalifa bin Zayed Al-Nahayan yang membantu Dubai ketika dilanda krisis kewangan global.

Abu Dhabi membantu AS$10 bilion (RM30 bilion) selain jumlah sama dari bank pusat UAE untuk membiaya firma Dubai yang dilanda hutang pada 2009. – Agensi
Harjan Milosevic , Rabu, Januari 26, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Harjan Milosevic

Meminati Auto-Mechanical, tapi tak suka berlumba-lumba di jalan raya, Bahaya!!, :-)

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog