Khamis : 17 April 2025   
@ 19 Syawal 1446H / 3:35 AM

24Jumaat,Disember

Dewan Negara: Penggunaan Telefon Selular Tidak Sebabkan Barah Otak

Frekuensi elektromagnet terbukti selamat

KUALA LUMPUR, 22 Dis - Frekuensi elektromagnet telefon selular terbukti selamat dan tidak boleh mengakibatkan barah otak, berlainan dengan pendedahan kepada radiasi mengion seperti radiasi nuklear, kata Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) Datuk Joseph Salang.

Beliau berkata maklumat itu diperolehi berdasarkan kepada kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tahun ini yang memutuskan bahawa tiada kaitan antara risiko barah otak dan penggunaan telefon bimbit.

"Frekuensi elektromagnet telefon selular ini adalah tergolong dalam radiasi tidak mengion, atau 'Non Ionized Radiation', iaitu ia tidak mempunyai cukup tenaga untuk menukar molekul-molekul di badan kita," katanya di Dewan Negara pada Rabu bagi menjawab satu soalan Senator Mohd Khalid Ahmad.

Menurutnya kajian dijalankan ke atas sejumlah 5,117 kes barah otak di 13 buah negara oleh 21 pakar saintis.

Salang berkata apa yang terhasil dari radiasi tidak mengion ini hanyalah rasa hangat di bahagian telinga apabila bercakap terlalu lama.

Selain itu, beliau berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga tidak menerima sebarang kes sehingga kini yang melibatkan penggunaan telefon selular dan impaknya terhadap risiko barah otak.

"Bagaimanapun, SKMM menerima 43 aduan mengenai gangguan frekuensi yang berpunca daripada menara telekomuniksai, dan tindakan sudah diambil ke atas semua aduan," katanya. - Bernama

Muhammad Ttuyup , Jumaat, Disember 24, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog