2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Pyongyang bedil pulau Korea Selatan

Insiden cetus kebimbangan pemimpin dunia, dikhuatiri beri kesan negatif pasaran saham

SEOUL
: Amerika Syarikat (AS) mengutuk serangan artileri oleh Korea Utara ke atas pulau di Korea Selatan, sementara Tokyo membuat persiapan bagi apa juga kemungkinan selepas insiden itu yang menyebabkan pasaran saham dunia menjunam semalam.

Amerika mengutuk sekeras-kerasnya serangan ini dan menggesa Korea Utara supaya menghentikan tindakan suka berperang ini, kata Rumah Putih dalam satu kenyataan.
 
Korea Utara melepaskan berpuluh-puluh bedilan meriam ke pulau berkenaan, iaitu yang terbesar di Korea Selatan sejak tamat Peperangan Korea pada 1953.
 
Serangan itu dilakukan ketika wakil AS sedang dalam penerbangan ke rantau itu berikutan pendedahan Korea Utara bahawa ia akan meneruskan langkahnya memperkayakan uranium, yang memungkinkannya mengeluarkan bahan bagi senjata atom.

AS dengan tegasnya komited mempertahankan sekutunya, Republik Korea, dan pengekalan kestabilan dan keamanan serantau, kata Rumah Putih.

Di TOKYO, Perdana Menteri, Naota Kan berkata beliau mengarahkan menterinya supaya bersedia bagi apa juga kemungkinan selepas kejadian itu.

Saya mengarahkan (menteri) supaya membuat persediaan agar kami dapat membalas tindakan dengan tegas, andainya berlaku sesuatu yang tidak dijangka, Kan memberitahu pemberita selepas mesyuarat tergempar anggota kabinet dan pegawai kanan kerajaan di kediaman rasminya.

Di BEIJING, China melahirkan kebimbangan berhubung kejadian berbalas tembakan di antara Korea Utara dan Korea Selatan dan menggesa kedua-dua pihak mencari penyelesaian ke arah kestabilan dan keamanan di semenanjung Korea.

Bedilan Korea Utara itu mengakibatkan beberapa bangunan terbakar, serta menyebabkan tembakan balas dari Korea Selatan.

Sekurang-kurangnya dua anggota marin Korea Selatan maut dan 16 lain cedera, kata pihak tentera.

Dalam reaksinya semalam, Kementerian Pertahanan Korea Selatan berkata bedilan artileri itu adalah jelas pencabulan gencatan senjata dipersetujui kedua-dua negara, dan berkata Pyonyang merancang pembedilan itu dengan sengaja.

Ia adalah serangan yang dirancang dan disengajakan... dan jelas ia mencabul perjanjian, kata Lee Hong-ki, pegawai Kementerian Pertahanan Korea Selatan.

Stesen televisyen YTN berkata beberapa rumah terbakar dan peluru masih lagi menghujani pulau Yeonpyeong.

Stesen berkenaan menyiarkan gambar asap tebal di ruang udara pulau terbabit, yang mempunyai antara 1,200 hingga 1,300 penduduk. - AP/Reuters
Adam Merah , Khamis, November 25, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Adam Merah

CHAIRMAN :: Saya bermula di blog ini pada februari 2007 selepas dijemput oleh Mr. Ttuyup. Pada bulan november 2007 saya mengambilalih sepenuhnya bloh ini daripada Mr. Ttuyup, tetapi bermula Mac 2008 saya mengubah bentuk dan corak penampilan blog ini. Saya pernah mengubah alamat blog ini kepada www.red10.tk yang diperolehi secara percuma. Selepas setahun kemudian alamat ini dipadamkan selepas pihak terbabit mengenakan bayaran.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog