KUALA LUMPUR, 22 Nov - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengingatkan para pengguna internet agar berwaspada dengan "Penipu Siber" yang semakin berleluasa menjual barangan secara dalam talian.
Menurut Laman Sosial Facebook PDRM hari Isnin, polis sentiasa memantau dan mengikuti perkembangan jenayah seumpama ini dan menasihatkan pengguna internet agar lebih berhati-hati dan tidak mudah percaya dengan jenayah seumpama ini.
Katanya, bagi mengelakkan ditipu, pengguna internet sebelum berurusan jual beli perlu memastikan dahulu identiti orang yang berurusan dengan mereka selain tahu maklumat-maklumat penting penjual iaitu alamat, nombor telefon, email dan maklumat-maklumat penting lain.
"Pengguna perlu buat semakan dengan pihak bank mengenai nombor akaun yang diberikan kepadanya...sekiranya pengguna ada berhubung dengan penjual melalui email, email perlu disimpan bersama-sama dengan 'Full Email Header'.
Selain itu, sekiranya pengguna ditipu mereka perlu cetak segala komunikasi dengan penjual seperti komunikasi di 'Wall', 'Private Message', email, sistem pesanan ringkas, telefon dan sebagainya.
"Pengguna juga perlu teruskan berhubung dengan suspek dan melengah-lengahkan agar komunikasi dengan suspek tidak putus.
"Sekiranya pengguna mempunyai maklumat mengenai penipu siber, perlu salurkan maklumat ke mcc@rmp.gov.my untuk tindakan dan siasatan pihak polis," kata laman itu.
Laporan sebuah akhbar hari ini membongkar taktik "Penipu Siber" mengakibatkan pembeli pelbagai barangan secara dalam talian di negara ini kerugian antara RM200,000 hingga RM300,000 setiap bulan.
Antara aduan yang dilaporkan kepada Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional ialah mengenai penipuan sebanyak 80 kes, kelewatan tidak munasabah (96), kekurangan maklumat penjual (128), cubaan untuk mengelirukan pelanggan (91), perkhidmatan buruk (75) dan pemulangan semula wang dan barangan (84). - Bernama

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
CHAIRMAN :: Saya bermula di blog ini pada februari 2007 selepas dijemput oleh Mr. Ttuyup. Pada bulan november 2007 saya mengambilalih sepenuhnya bloh ini daripada Mr. Ttuyup, tetapi bermula Mac 2008 saya mengubah bentuk dan corak penampilan blog ini. Saya pernah mengubah alamat blog ini kepada www.red10.tk yang diperolehi secara percuma. Selepas setahun kemudian alamat ini dipadamkan selepas pihak terbabit mengenakan bayaran.

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "