2+4 hrs...Twogether Fourever

Jumaat : 25 April 2025   
@ 27 Syawal 1446H / 2:21 PM

27Sabtu,November

Marissa: Gadis Google dikagumi

BIJAK, petah berkata-kata dan bekerja keras - kriteria yang dimiliki Marissa Ann Mayer, 35, yang meyakinkan pengasas Google Inc, Sergey Brin dan Larry Page untuk memilih dia membangunkan syarikat berkenaan bersama mereka.

Meskipun ketika itu dia hanya berusia 24 tahun, pengalaman dan kepakarannya menyebabkan Brin dan Page begitu beria mendapatkan Marissa sebagai jurutera wanita pertama di Google.

Marissa pula mula mendengar nama syarikat berkenaan pada akhir 1998 apabila pensyarahnya memintanya bertemu dua calon ijazah kedoktoran universiti berkenaan (Brin dan Page) yang ketika itu mula menganalisis serta membangunkan penggunaan world wide web (www).

Ketika itu, demam Internet sudah mula melanda lembah silikon dan Marissa berasakan syarikat berkenaan mampu pergi jauh kerana menyedari masyarakat di seluruh dunia sedang bersiap menghadapi era dunia tanpa sempadan.

Biarpun dia turut menerima 10 tawaran kerja yang tidak kurang menarik, dia mengambil keputusan untuk menyertai Google pada 1999, syarikat yang pada masa itu baru saja memulakan operasi di sebuah pejabat kecil.

"Saya bermula sebagai pengaturcara dengan kakitangan syarikat itu hanyalah seramai 20 orang. Ia memang mencabar, tetapi pada masa sama begitu menyeronokkan kerana kami membangunkan banyak benda baru," katanya.

Kepakarannya memang diakui dan dalam tempoh agak singkat, dia dinaikkan jawatan kepada pengarah bahagian pengguna produk web yang bertanggungjawab kepada semua pengguna enjin carian berkenaan termasuk pengeluaran perisian baru, muka web serta pemacu cakera.

Tugas berkenaan bukan sesuatu yang mudah untuk digalas wanita yang ketika itu baru beberapa tahun menamatkan pengajian daripada universiti.

Namun, kerana minat yang mendalam terhadap sistem komputer serta perisian, Marissa mampu melaksanakan tugasnya dengan cemerlang.

Sewaktu Google Inc beralih kepada pasaran awam pada Ogos 2004, tugas Marissa mula bertambah.

Selain bertanggungjawab terhadap aspek kejuruteraan, dia terbabit secara langsung dalam projek pengiklanan dan menjadi jurucakap tidak rasmi kepada syarikat berkenaan di pelbagai persidangan.

"Pada awalnya Marissa diambil bekerja untuk menumpukan kepada bahagian pengaturcaraan saja, tetapi lihatlah kedudukannya sekarang.

"Dia bukan saja jurutera yang hebat, malah seorang naib presiden yang membuat keputusan terhadap apa yang syarikat ini perlu lakukan.

"Kecekapan dan kemahiran yang dimiliki seorang wanita sepertinya sangat menakjubkan," kata pekerja pertama Google, Craig Silverstein.

Tamat sekolah tinggi, Marissa membuat permohonan menyambung pelajaran ke 10 kolej dan semuanya memberikannya tempat.

Namun, Marissa memilih Universiti Stanford, California yang terletak 2,000 batu dari rumahnya. Menerusi keputusan cemerlang, dia akhirnya menggenggam ijazah sarjana muda kepujian sistem simbolik dan kemudiannya menyambung ke peringkat sarjana dalam jurusan sains komputer di universiti sama.

Dia turut bekerja di pusat penyelidikan Stanford dan pernah melakukan projek pengaturcaraan di makmal di Zurich, Switzerland.

Mengimbas kembali perjalanan kariernya, Marissa bersyukur kerana membuat keputusan yang tepat.

"Saya dikelilingi oleh ramai orang yang bijak dan daripada mereka, saya belajar untuk membuat keputusan terbaik.

"Jika tidak kerana mereka, saya rasa saya masih belum keluar daripada zon selesa dan menerima cabaran ini," kata isteri kepada Zach Bogue ini.

Sebelum bertemu Bogue, dia pernah dikhabarkan menjalin hubungan dengan Page, tetapi pantas dinafikan mereka berdua.

Khabar angin berkenaan tidak menjejaskan tumpuan Marissa, sebaliknya dia terus memacu syarikat berkenaan dan memperkenalkan pelbagai projek baru seperti Google News, Orkut serta Gmail.

Dalam pada itu, Marissa menyifatkan syarikat berkenaan seperti pisau tentera Switzerland yang bukan saja bersih, tetapi ringkas yang menyebabkan ramai yang mahu membawanya ke mana saja.

Selaku naib presiden bahagian penyelidikan produk dan pengalaman pengguna, Marissa bertanggungjawab terhadap 150 pengurus produk dan 2,000 jurutera perisian.

Jadual kerjanya bermula seawal jam 9 pagi dan dia tidak akan meninggalkan pejabat sebelum semua kerjanya selesai antara jam 11 hingga 12 malam.

"Jika dia tidak keluar bertemu rakan, dia biasanya menikmati hidangan makan malam di kafeteria pejabat sekitar jam 7 malam sebelum kembali ke pejabat untuk menyambung kerja.

"Walaupun tampak serius ketika bekerja, dia seorang yang peramah dan mesra. Marissa sememangnya menjadi idola ramai jurutera wanita muda hari ini," kata seorang pekerja Google.

Pencapaian Marissa dalam memajukan Google memang dikagumi ramai kerana bukan calang-calang wanita yang mampu membangunkan sebuah syarikat kecil kepada apa yang mereka miliki sekarang.

Majalah Fortune sebelum ini pernah menyenaraikan Marissa sebagai antara 50 wanita paling berkuasa di dunia selain mencipta sejarah tersendiri menjadi wanita termuda yang menyertai senarai berpengaruh itu.

Newsweek turut menamakan Marissa dalam senarai 10 tokoh teknologi untuk masa depan, majalah Red Herring menyenaraikannya dalam senarai 15 wanita untuk diperhatikan manakala majalah Glamour meletakkan namanya sebagai wanita tahunan 2009.

Wanita yang terbabit secara langsung dalam mereka laman web syarikat berkenaan seperti Google Maps, Google Earth, iGoogle dan Google Chrome itu turut dianugerahkan ijazah doktor falsafah oleh Institut Teknologi Illinois pada tahun yang sama.

Selain itu, Marissa mengajar kelas pengaturcaraan komputer di Universiti Stanford, universiti yang banyak membentuknya untuk menjadi pengaturcara komputer berjaya seperti hari ini.

Harjan Milosevic , Sabtu, November 27, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Harjan Milosevic

Meminati Auto-Mechanical, tapi tak suka berlumba-lumba di jalan raya, Bahaya!!, :-)

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog