RIYADH: Ketika jemaah haji dari seluruh pelusuk dunia mula tiba di tanah suci, Kementerian Kesihatan Arab Saudi meningkatkan kempen untuk menjadikan Makkah dan Madinah bebas rokok sepenuhnya.
"Kami memerlukan kerjasama jemaah untuk menjadikan kedua-dua tanah suci itu menjadi bandar pengambilan tembakau paling rendah di dunia," kata Pengarah Eksekutif Kempen Anti-Merokok di Makkah, Dr Sameer Al-Sabban.
Menurutnya, program itu diberhebatkan tahun ini. Penjualan tembakau dilarang sama sekali di kawasan lima kilometer dari Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.
Papan tanda dan poster dengan mesej anti-merokok, maklumat mengenai klinik anti-merokok dan fatwa mengenai perkara itu dipamerkan di kedua-dua bandar suci itu.
Bas membawa jemaah juga dilekatkan dengan poster anti-merokok sementara risalah dan pelekat akan diagihkan kepada jemaah di kawasan melontar semasa musim haji..
"Sekumpulan pengakap dan pegawai kesihatan sudah dikerah di beberapa tempat di Masjidil Haram untuk meningkatkan kesedaran mengenai ancaman terhadap kesihatan akibat tabiat buruk itu," kata Sameer.
"Agak mengecewakan perokok berkumpul di belakang Masjidil Haram untuk merokok. "Perbuatan itu berbahaya kepada seluruh persekitaran bandar suci.
"Pengakap yang terdiri daripada remaja Saudi akan mencari perokok di sekitar bandar suci dan secara hormat akan memberikan mereka kayu sugi dan risalah penuh dengan ilustrasi yang mudah difahami oleh semua orang," katanya.
Untuk membantu jemaah, kementerian itu menubuhkan klinik anti-merokok sebagai sebahagian daripada kempen berkenaan. - Agensi
Blog GadgetsTerima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
Nama Penuh saya ialah Cik NiNe Binti Che Kadir, saya menggunakan nama pena C9 dan Cik 9P. Mulus


0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "