2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Guna akal sebelum labur

KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terburu-buru sebaliknya menggunakan kewarasan akal sebelum membuat sebarang keputusan apabila didampingi individu yang menawarkan sesuatu skim pelaburan, kononnya menjanjikan pulangan lumayan dalam masa singkat.

Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, sekalipun jika skim itu dikaitkan dengan nama pemimpin tertentu, sikap berhati-hati dan membuat penyelidikan terlebih dulu boleh mengelakkan seseorang itu menjadi mangsa.

"MCPF meminta orang ramai lebih prihatin dan peka supaya tidak mudah dipengaruhi orang tidak dikenali dan kalau ada keraguan, periksa dengan pihak berkuasa bagi mengelakkan menjadi mangsa.

"Dalam kes ini, mangsa sepatutnya mengesyaki sesuatu dari awal terutama apabila dinasihatkan supaya tidak memberitahu orang lain mengenai pelaburan itu.

"Malah, perkara pertama yang perlu difikirkan apabila orang tidak dikenali memilih anda untuk sesuatu yang kononnya menguntungkan adalah kenapa dia memilih anda? Secara logiknya, jika ia sesuatu yang betul, sudah tentu dia memilih ahli keluarga, saudara atau rakannya terlebih dulu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai enam rakan sepejabat kerugian RM16,000 yang dilaburkan kononnya untuk mencairkan harta milik bekas Presiden Sukarno, yang didakwa di bawah kawalan Bank Negara Malaysia (BNM) seperti disiarkan Harian Metro, semalam.

Mangsa dikenali sebagai Shamsul, 30-an berkata, segalanya bermula apabila dia bersama rakan diperkenalkan pelaburan pencairan harta Sukarno itu oleh seorang lelaki berusia 40-an di sebuah restoran di sekitar Bandar Baru Nilai pada 13 Oktober lalu. Menurutnya, lelaki itu memberitahu pewaris harta AS$3.2 bilion (RM10 billion) itu anak Sukarno yang dibawa ke negara ini ketika masih kecil dan dia dalam proses mendapatkan semula harta itu.

"Bagaimanapun, kami diberitahu harta itu perlu 'dicairkan' terlebih dulu dan memerlukan bantuan daripada pelabur atau digelar 'jemaah' untuk menyalurkan kos pelepasan mencecah puluhan ribu ringgit. "Kos itu dianggap sebagai pelaburan untuk memastikan kelancaran proses pencairan harta berkenaan antaranya membabitkan urusan polis, kastam, imigresen dan Jabatan Perdana Menteri (JPM). "Selepas harta itu dicairkan, setiap pelabur akan menerima pulangan balik pelaburan sebanyak lima kali ganda termasuk bonus yang didakwa mencecah jutaan ringgit dalam tempoh hanya seminggu," katanya.

Menurutnya, pada masa yang sama pelabur juga diminta tidak mendedahkan hal berkenaan kepada sesiapa kerana semua urusan adalah sulit. - myMetro

Mohd. Adam B. Firdaus , Ahad, November 21, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Mohd. Adam B. Firdaus

Berkerjasama dengan Adam Merah (end 2009)

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog