2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Bagaimana Bumi tanpa graviti?

Tarikan graviti juga mempengaruhi pusingan orbit. - Gambar hiasan

Bercerita tentang graviti, ia merupakan suatu keadaan yang jarang diendahkan kerana dua sebab pertama - graviti sentiasa ada dan kedua graviti tidak pernah berubah sehingga kini.

Jika graviti Bumi berubah dengan ketara, suatu perubahan besar akan berlaku kerana semua bahan yang direka berasaskan daya tarikan graviti.

Sebelum melihat kepada perubahan dalam daya tarikan graviti, mari kita memahami apa sebenarnya graviti. Graviti merupakan tarikan antara dua atom seperti mana kita meletakkan dua biji bola golf bersebelahan. Sebenarnya dua bola golf yang kecil terdapat sedikit tarikan graviti antara satu sama lain jika diukur.

Bagaimanapun bila objek yang besar seperti Bumi yang mempunyai bilangan atom yang berkumpul, daya tarikan gravitinya akan kelihatan lebih ketara.

Alasan mengapa daya graviti Bumi tidak pernah berubah adalah kerana jisim Bumi yang tidak pernah bertukar. Dan daya graviti Bumi hanya akan berubah apabila terdapat perubahan dalam jisim Bumi itu sendiri.

Daya graviti bertanggungjawab terhadap pusingan orbit yang mengelilingi Bulan serta menyebabkan semua planet mengelilingi Matahari. Malah daya graviti juga menyebabkan fenomena pasang surut air laut.

Selama ini apabila berkata mengenai zero graviti, kita biasanya didedahkan dengan gambar-gambar angkasawan yang terapung-apung di udara di dalam kapal angkasa.

Mereka kelihatan hebat tetapi semuanya memerlukan pengorbanan kerana mereka merasa tidak selesa dengan loya, pening dan kaki mula mengecut tanpa graviti.

Sebenarnya terdapat banyak keburukan kerana dalam jangka masa panjang menyebabkan otot menjadi bertambah lemah dan tulang mereput apabila tiada daya tarikan graviti.

Cuba bayangkan bolehkah kita hidup tanpa graviti?

Cuba tolak ke tepi teori fizik dan bayangkan suatu hari tiada graviti di planet-planet dan tiada kuasa tarikan di Bumi.

Segalanya boleh menjadi malapetaka!

Selama ini kita amat bergantung kepada tarikan graviti untuk 'memegang' hampir semua benda di muka Bumi - kereta, manusia, perabut, pensil, buku, baju malah kertas yang diletakkan di atas meja.

Jika tiada tarikan graviti, segalanya akan terapung di udara malah dua perkara penting di Bumi juga, pertama air di lautan, tasik dan sungai akan hilang entah ke mana.

Justeru fenomena pasang surut air laut juga tidak dapat lihat lagi.

Kedua, udara di atmosfera juga tidak ada berada seperti sekarang dan akan terus 'melompat' ke angkasa. Ini merupakan masalah di Bulan yang tidak mempunyai tarikan graviti yang mencukupi malah menghampiri keadaan hampagas. Dalam kata lain, tiada yang kekal lama jika sesebuah planet tidak mempunyai daya tarikan graviti.

Tetapi jika daya tarikan graviti digandakan, ia juga bakal mencetus malapetaka kerana berat semua bahan juga akan berganda.

Masalah besar timbul pada struktur seperti rumah, jambatan, bangunan pencakar langit malah kaki meja yang biasa menyokong beban bagi daya tarikan graviti biasa.

Kebanyakan struktur atau bangunan akan runtuh dengan cepat jika bebannya digandakan. Pokok dan tanaman juga bakal menghadapi masalah, malah tekanan udara akan digandakan dan memberikan kesan yang besar kepada iklim.

Muhammad Ttuyup , Selasa, November 23, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog