SELEPAS 50 tahun menjadi gandingan mantap dalam dunia rock, Keith Richards akhirnya membuka mulut dan membuat pengakuan jujur mengenai pertikaian hubungannya dengan Mick Jagger.
Berdasarkan apa yang berlaku di antara kedua-dua tokoh penting Rolling Stones itu, tidak mengejutkan apabila Richards mengambil sikap agak keras ke atas vokalis kumpulan berkenaan.
Namun, tiada siapa menyangka gitaris Rolling Stones itu tergamak menghina Jagger secara maksimum dengan menuduh penyanyi yang kononnya hebat di atas ranjang itu memiliki kemaluan kerdil.
Dalam autobiografinya, Richards, 66, menganggap terlalu sukar berkawan dengan Jagger dan ia menjadi punca keretakan hubungan mereka.
Dalam buku berjudul Life itu, Richard berkata, dia menggelar Jagger sebagai 'Brenda' dan 'Yang Mulia' "Saya pernah menyayangi Jagger, tapi tidak pernah menjejakkan kaki ke bilik persalinannya selama 20 tahun.
"Kadang-kadang saya merindui seorang kawan yang pernah saya kenali dulu dan selalu tertanya-tanya, ke mana dia menghilang?" katanya.
Melalui Life yang akan dipasarkan akhir bulan ini, Richard menggunakan kesempatan yang ada untuk melakukan serangan peribadi ke atas Jagger.
Katanya, dia mula gelisah dan tidak sehaluan dengan legenda rock itu pada awal era 1980-an.
Ada banyak serangan yang boleh menaikkan kemarahan Jagger - selebriti yang diuar-uarkan memiliki selera seks tinggi.
Antaranya, Richards mendakwa, hubungan Jagger dengan penyanyi dan pelakon Britain, Marianne Faithfull, tidak seindah digambarkan. Semuanya kerana Marianne, kini 63, dikatakan 'menderita' kerana tidak mendapat kepuasan diharapkan daripada Jagger.
"Saya tahu Jagger seorang lelaki tetapi ia belum mampu memenuhi keperluan yang ada," katanya.
Ditanya sama ada Jagger membaca Life, Richards berkata, penyanyi itu menganggukkan kepala dan yakin ia dapat membuka matanya tetapi tidak menunjukkan mahu kandungan buku itu. Kecuali, katanya, dakwaannya bahawa Jagger menggunakan guru vokal untuk memantapkan persembahan.
Bagaimanapun, kata Richards, apa yang diluahkannya dalam buku itu adalah realiti yang didepaninya.
"Semua manusia ada rahsia. Apa masalahnya? Anda mencuba dan menyimpan rahsia bersama selama 50 tahun. Saya cuba bercakap mengenai fakta sekarang," katanya.
Bagi Richards, Jagger juga boleh dianggap cemburu dalam situasi tertentu. Misalnya, kata Richards, Jagger sangat dengki apabila mengetahui dia memiliki rakan lelaki lain.
"Barangkali kekangan mental menyebabkan dia mahu memiliki hak eksklusif berkawan dengan saya, atau mungkin dia cuba melindungi saya.
"Apa yang dia harapkan daripada saya, sebenarnya?" katanya.
Dalam pelbagai kesukaran itu pun, Richards berkata, dia tetap bersabar dan menyayangi Jagger sebagai sahabat. Namun, katanya, keadaan menjadi semakin sukar dari sehari ke sehari untuknya meneruskan persahabatan itu.
Sementara itu, di sebalik masalah ketagihan dadah yang menghantuinya bertahun-tahun, Richards berkata, dia tetap berharap usianya cukup panjang.
"Saya belum mahu berjumpa malaikat pencabut nyawa dan tidak bersedia lagi untuk mati," katanya.
Menurut Richards, dia terjerumus ke dalam perangkap heroin pada 1978. Hanya selepas 28 tahun dia mampu untuk menyingkirkan ketagihan kokain.
Itu pun, katanya, selepas dia terjatuh dari pokok pada 2006 menyebabkan dia terpaksa menjalani pembedahan otak dan doktor memasang kepingan besi di tengkoraknya.
Menjawab mengenai rahsia usia panjang, Richards berkata, ia berkaitan dengan amalannya melayan diri dengan 'dadah bermutu tinggi'.
"Apabila saya mengambil dadah, saya berkeyakinan tubuh saya suci dan perlu dihormati. Tiada siapa boleh mengajar saya untuk membuat keputusan boleh atau tidak boleh," katanya.
Mengenai pengambilan dadah, Richards berkata, dia turut memberi penekanan kepada dos yang diambil bagi mengelak kematian menjemput awal seperti dialami ramai selebriti lain.
"Saya tak mengambil lebih daripada sepatutnya seperti orang lain.
"Biasanya, perasaan tamak yang merosakkan seseorang dan saya berjaya mengelaknya," katanya.
Di sebalik pelbagai 'rungutan' Richards itu, dia dan Jagger tidak bercadang memutuskan hubungan sama sekali. Kata Richards, mereka masih bersahabat seperti biasa dan bersedia bekerjasama dalam pelbagai bidang.
"Saya dapat rasakan Jagger bersikap terbuka dan menerima sesuatu jika ia kebenaran walaupun saya selalu menyebabkan dia marah. Dia pun selalu membuat saya marah. Anda boleh bayangkan bagaimana bosannya hidup bersama seseorang yang asyik bersetuju dengan anda?" katanya.
Turut didedahkan dalam autobiografi Richards itu adalah kisah perseteruannya dengan seorang lagi anggota pengasas Rolling Stones, Brian Jones.
Jones meninggal dunia pada 1969 ketika baru berusia 27 tahun.
Kata Richards, dia jatuh cinta kepada kekasih Jones - seorang model dan aktres, Anita Pallenberg.
Pada awalnya, Anita menjalin hubungan romantis dengan Jones selepas bertemu dengan pemuzik itu di Munich, Jerman pada 1965.
Bagaimanapun, Anita meninggalkan Jones dua tahun kemudian dan menjadi pasangan Richards ketika mereka mengadakan lawatan ke Maghribi. Hasil hubungan itu, mereka memperoleh tiga anak.
Khabar angin juga mendakwa, selain Richards, Anita turut menjalin hubungan dengan Jagger tetapi ia dinafikannya pada Mac 2007.
Kata Richards, Jones sering mendera Anita sepanjang tempoh mereka menjadi pasangan kekasih.
"Saya terkejut apabila diberitahu Jones sangat ganas, misalnya membaling pisau dan cawan kepada Anita ketika bertengkar.
"Tidak cukup dengan itu, dia juga selalu membelasah Anita," katanya.
Justeru, katanya, apabila dia mula berpacaran dengan Anita, ia adalah lebih kepada 'khidmatnya' menyelamatkan wanita itu daripada Jones.
Menurut Richards, cintanya berputik hanya selepas Anita memulakan langkah pertama untuk berkenalan, sama seperti semua hubungan romantiknya dengan mana-mana wanita lain.
"Saya tak pernah mengurat wanita kerana tidak pandai bagaimana melakukannya. Biasanya, saya hanya menunggu dan membiarkan wanita memulakan langkah," katanya.
Richards berkahwin dengan bekas model, Patti Hansen, dan memperoleh dua anak.
Life turut menjadi medan Richards menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku di sebalik pelbagai andaian dan kepercayaan orang terhadapnya.
Dengan penampilan yang selekeh, tidak menghairankan ramai orang menganggap dia masih menjadi penagih dadah tegar dan tidak mempunyai masa lama untuk hidup.
Katanya, orang ramai selalu menghukumnya berdasarkan penampilan luaran.
"Mereka menyangka saya masih menagih dadah walaupun sebenarnya amalan itu saya tinggalkan 30 tahun lalu.
"Imej bagaikan bayang-bayang yang anda dapat lihat walaupun matahari terbenam," katanya.
Richards juga mengaku tidak bercadang untuk bersara daripada muzik.
"Rasanya orang ramai tidak faham apa yang saya nikmati daripada dunia ini. "Saya bermain muzik bukan untuk wang semata-mata, tetapi kerana ia memberi kepuasan," katanya.

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
CHAIRMAN :: Saya bermula di blog ini pada februari 2007 selepas dijemput oleh Mr. Ttuyup. Pada bulan november 2007 saya mengambilalih sepenuhnya bloh ini daripada Mr. Ttuyup, tetapi bermula Mac 2008 saya mengubah bentuk dan corak penampilan blog ini. Saya pernah mengubah alamat blog ini kepada www.red10.tk yang diperolehi secara percuma. Selepas setahun kemudian alamat ini dipadamkan selepas pihak terbabit mengenakan bayaran.

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "