2+4 hrs...Twogether Fourever

Ahad : 27 April 2025   
@ 29 Syawal 1446H / 4:09 PM

26Selasa,Oktober

Kejutan rahsia baru Iraq

TAJUK berita yang dipaparkan di papan elektronik di Times Square, New York, kelmarin, turut mendapat perhatian rakyat Amerika Syarikat.

DUBAI 23 Okt. – Stesen Al-Jazeera semalam menyiarkan 'maklumat baru yang mengejutkan' mengenai operasi tentera Amerika Syarikat (AS) sepanjang perang di Iraq, diperoleh daripada dokumen-dokumen rahsia AS yang dibocorkan oleh laman web WikiLeaks.

Dokumen itu antara lain menunjukkan tentera AS menyembunyikan penyeksaan tahanan yang dilakukan dengan kebenaran kerajaan Iraq dan pembunuhan ratusan orang awam di sekatan jalan raya yang didirikan oleh tentera AS, berikutan serangan tentera AS yang menggulingkan Presiden Saddam Hussein pada 2003.

Stesen satelit berpangkalan di Qatar itu juga berkata, dokumen-dokumen yang dibocorkan itu, bertarikh dari 1 Januari 2004 hingga 31 Disember 2009 menunjukkan AS menyimpan daftar rakyat Iraq yang terbunuh dan cedera sepanjang perang Iraq, walaupun Washington menafikannya.

Saluran bahasa Inggeris Al-Jazeera mulai 2100 GMT semalam (pukul 4 pagi ini waktu Malaysia) menyiarkan siri program 'yang mendedahkan maklumat baru mengejutkan mengenai operasi tentera AS sepanjang Perang Iraq'.

Menurut Al-Jazeera, program tersebut berdasarkan fail-fail daripada WikiLeaks yang 'mendapat akses kepada lebih 400,000 dokumen berhubung Perang Iraq, menjadikannya kebocoran dokumen terbesar dalam sejarah AS'.

"Dokumen rahsia itu empat kali lebih besar daripada fail-fail Wikileaks mengenai Afghanistan," menurut kenyataan stesen tersebut.

WikiLeaks membangkitkan kemarahan Pentagon pada Julai lalu dengan menyiarkan 77,000 dokumen rahsia tentera AS mengenai perang di Afghanistan.

"Walaupun salah satu matlamat yang dinyatakan bagi melancarkan Perang ke atas Iraq adalah untuk menutup bilik penyeksaan rejim Saddam Hussein, dokumen Wikileaks menunjukkan banyak kes penyeksaan dan penderaan tahanan yang dilakukan oleh polis dan askar Iraq.

"AS tahu tentang penyeksaan yang dilakukan oleh pihak berkuasa Iraq tetapi mengarahkan askarnya supaya tidak campur tangan," menurut Al-Jazeera.

Saluran bahasa Arab stesen itu pula melaporkan, angka kematian penduduk awam di Iraq adalah 'jauh lebih tinggi daripada yang diumumkan secara rasmi'.

Sekurang-kurangnya 109,000 penduduk terbunuh, 63 peratus daripadanya orang awam, antara serangan AS pada Mac 2003 hingga akhir tahun lepas. – AFP

+

AS tertekan ekoran maklumat perang Iraq

LONDON - Amerika Syarikat (AS) semalam semakin tertekan ekoran desakan supaya menyiasat dakwaan mengenai dokumen Perang Iraq yang dibocorkan oleh laman WikiLeaks.

Dokumen itu mendedahkan perbuatan tentera AS selepas Iraq diceroboh atas arahan Presiden AS ketika itu, George W. Bush dan disertai oleh Britain pada 2003.

Alasan serangan itu adalah untuk menggulingkan Saddam Hussein yang menjadi pemimpin Iraq pada masa itu yang dikatakan menyimpan sejumlah senjata pemusnah besar-besaran.

Fail yang dibocorkan pada Jumaat lalu itu mendedahkan maklumat penderaan, pembunuhan orang awam dan pengawal-pengawal Iraq memukul tahanan.

Dalam maklumat itu, terdapat sejumlah wanita yang dibunuh di pusat pemeriksaan tentera AS di Iraq.

Berhubung peranan Iran di Iraq, fail itu mendedahkan Teheran didakwa menggunakan militia untuk membunuh dan menculik askar-askar AS.

Sebuah pertubuhan pemantau kemanusiaan, Human Right Watch menyatakan pemerintah Iraq sepatutnya menyiasat laporan penderaan terhadap tahanan itu.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Britain, Nick Clegg menganggap dakwaan itu terlalu serius dan menyatakan orang ramai mahu mendapatkan jawapan terhadap apa yang mereka telah dengar mengenai maklumat tersebut.

"Saya menganggap pentadbiran AS akan menyediakan jawapannya sendiri. Adalah bukan bagi kami untuk memberitahu anda (pemerintah AS) cara untuk melakukannya (memberi jawapan)," kata Clegg.

Jurucakap Human Right Watch, Malcolm Smart berkata, kebocoran maklumat itu mencetuskan kebimbangan bahawa pihak berkuasa AS melakukan satu perlanggaran serius undang-undang antarabangsa apabila ia menyerahkan ribuan tahanan kepada pihak berkuasa keselamatan Iraq yang mendera dan menyeksa tahanan dalam skala mengejutkan. - AFP

Mohd. Adam B. Firdaus , Selasa, Oktober 26, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Mohd. Adam B. Firdaus

Berkerjasama dengan Adam Merah (end 2009)

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog