WASHINGTON 1 Sept. Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) dan syarikat aeroangkasa, ATK Aerospace Systems berjaya melakukan ujian terhadap enjin roket paling berkuasa yang pernah dicipta walaupun kebolehannya menyertai misi ke program angkasa lepas masih belum dapat dibuktikan.
Bunyi yang kuat dan api yang sangat marak dapat dilihat ketika ujian enjin dikenali sebagai Demonstration Motor 2 (DM-2) tanpa penerbangan yang diadakan selama dua minit itu di kawasan gurun di Utah.
Enjin DM-2 merupakan peringkat awal pembinaan roket Ares I untuk menghasilkan lonjakan berkuasa tinggi terhadap kapal angkasa Orion yang menurut perancangan NASA akan digunakan untuk menghantar semula angkasawan ke bulan menjelang 2020.
Dalam pada itu, ujian kedua DM-2 pula dilakukan untuk melihat sama ada ia mampu beroperasi pada suhu rendah selain untuk meneliti prestasinya.
Ujian kedua itu dibantu dengan alat pemantau berteknologi tinggi sebanyak 760 buah yang menunjukkan prestasi sebenar enjin tersebut.
"Setiap suhu yang meningkat menandakan bahan dorong akan dibakar dengan lebih cepat.
"Hanya dengan ujian yang jitu sahaja mampu untuk memahami bagaimana prestasi motornya bertindak balas terhadap keadaan operasi yang berbeza-beza," kata pengurus penyelidik projek Ares, Alex Priskos.
Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Barrack Obama mengarahkan agar projek Buruj yang menelan kos yang tinggi itu dikaji semula.
Sebaliknya, pentadbiran presiden mencadangkan agar NASA memberi fokus kepada penyelidikan dan pembangunan dalam program jangka panjang untuk melancarkan misi angkasawan lebih jauh ke dalam sistem solar kita, termasuk ke planet Marikh.
Agensi angkasa AS juga disarankan agar bekerjasama dengan syarikat korporat untuk meneruskan misi menghantar angkasawan ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). AFP

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "