- GAMBAR menunjukkan Tsar Nicholas II (kiri) yang merupakan maharaja terakhir Rusia bergambar bersama keluarganya.
- KAPAL selam Mir-2 menemui objek bersinar seperti emas di dasar Tasik Baikal di Siberia baru-baru ini.
Sejak beberapa hari lalu, krew sebuah kapal selam mini, Mir-2 menemui banyak objek bersinar seperti emas semasa melakukan kerja pemetaan di Tasik Baikal pada kedalaman 400 meter dari permukaan air.
Sebelum ini, legenda tempatan menyatakan bahawa sejumlah 1,600 tan emas hilang apabila sebuah kereta api komander tentera diraja Rusia tergelincir dan terjunam ke dalam Tasik Baikal di negeri Siberia.
Emas itu dipercayai milik Maharaja Rusia terakhir, Tsar Nicholas II dari Dinasti Romanov yang memerintah negara itu pada tahun 1900 tetapi baginda dibunuh dalam revolusi komunis Bolshevik selepas Perang Dunia Pertama pada 16 Julai 1918 oleh anggota-anggota tentera komunis.
Pada tahun lalu, bangkai kereta api dan sejumlah kotak berisi peluru ditemui di dalam tasik itu tetapi baru-baru ini, Mir-2 membuat penemuan terbaru itu di sini.
"Beberapa kapal selam menemui blok segi empat tepat bersinar seperti emas, 400 meter di bawah permukaan tasik," kata satu sumber.
Krew-krew kapal selam berkenaan cuba mengambil beberapa objek bersinar itu menggunakan tangan robot tetapi gagal kerana permukaan tasik yang berselut dan berpasir.
Sumber-sumber memberitahu, krew-krew kapal selam itu tahu lokasi emas berkenaan dan merancang misi baru bagi mengesahkan penemuan tersebut tanpa mendedahkan tarikh ekspedisi tersebut. - Agensi

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "