
KUALA LUMPUR, 1 Sept - Biro Kawalan Farmaseutikal Kebangsaan (NPCB), Kementerian Kesihatan mengesahkan bahawa semua produk kosmetik yang direkodkan di Malaysia tidak mengandungi bahan larangan dalam rumusannya.
Bagaimanapun, Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmaseutikal Kementerian Kesihatan, Eisah A.Rahman menasihatkan para pengguna untuk membaca label produk kosmetik dengan teliti sebelum menggunakannya kerana ia mungkin mengandungi bahan terlarang seperti benzena dan 'Diethylheyl Phthalate'.
Beliau berkata amaran itu dibuat berikutan satu laporan oleh Majlis Pengguna Hong Kong dalam laman webnya pada 16 Ogos di mana mereka menemui bahan larangan di dalam empat contoh pengilat kuku.
"Dalam ujian pengilat kuku yang djalankan ke atas 42 model mendapati bahan larangan seperti benzena dikesan dalam empat daripada model itu dengan kepekatannya antara 9.77ppm hingga 260ppm.
"DEPH (Diethylexyl Phthalate) ditemui pada seorang model dengan kadar kepekatan 10ppm," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Beliau berkata benzena adalah bahan penyebab kanser manakala sesetengah phthalate pada kadar tinggi boleh menyebabkan kecacatan kelahiran dan pendedahan dalam jangka panjang bagi wanita hamil boleh menyebabkan kesan yang teruk dalam perkembangan genital lelaki bagi bayi baru lahir.
"Pengguna perlu melaporkan kepada NPCB jika mereka mengalami sebarag reaksi alahan atau kesan yang teruk hasil penggunaan produk-produk ini.
"Maklumat mengenai nama produk, deskripsi mngenai kesan sampingan dan sampel produk perlu disediakan untuk siasatan lanjut," katanya.
Beliau berkata sebarang maklumat berhubung soal keselamatan produk adalah di bawah skopnya akan dinilai dan tindakan kawalan yang sesuai akan diambil jika perlu.
"Pengguna boleh membuat aduan mengenai produk kosmetik dengan NPCB di talian 03-78835532/5534 atau melalui e-mel di potm@bpfk.gov.my," katanya. - Bernama
Muhammad Ttuyup
,
Jumaat, September 03, 2010
|
0
komentar ::
Blog Gadgets
...lagi Artikel yang Berkaitan :
Halaman Utama
»
Am
»
Tiada Bahan Larangan Dalam Produk Kosmetik Direkodkan Di Malaysia - NPCB
Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah
JOIN TO MEMBER BLOG
atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
Author / Penulis
PENULIS
Muhammad Ttuyup
CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "