Allah berfirman bermaksud: Wahai umat manusia, sesungguhnya sudah datang kepada kamu al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran daripada Tuhan kamu, dan penawar bagi penyakit batin yang ada dalam dada kamu dan menjadi hidangan petunjuk untuk keselamatan serta membawa rahmat bagi orang beriman. (Surah Yunus, ayat 57)
Dalam satu riwayat, diceritakan bahawa Imam Malik, sebaik saja Ramadan tiba tidak mahu lagi menyibukkan diri dengan tugas lain serta meninggalkan seketika urusan mengajar, memberi fatwa atau hal berkaitan keduniaan sebaliknya menumpukan amalan membaca al-Quran.
Imam Malik pernah berkata sebaik tiba Ramadan: Ini adalah bulan al-Quran. Begitu besar penghormatan diberikan seorang aulia (pewaris nabi) terhadap Ramadan dan al-Quran, seolah-olah tersimpul dalam ikatan sungguh kuat hingga sanggup menghentikan segala urusan lain.
Dalam beberapa riwayat ada dicatatkan kalangan ulama membaca al-Quran dengan penuh tartil (teliti). Kerap kali mereka menangis ketika membaca ayat al-Quran yang mengandungi pelbagai petunjuk serta bimbingan.
Dalil al-Quran diturunkan pada Ramadan adalah firman Allah yang bermaksud: Beberapa hari yang ditentukan itu adalah Ramadan, bulan yang dalamnya diturunkan (permulaan) al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan yang membezakan (antara yang hak dan yang batil). (Surah al- Baqarah, ayat 185)
Amalan tadarus bukan saja dapat meningkatkan kefahaman terhadap makna ayat suci, malah memperbetulkan kesilapan bacaan terutama dari segi tajwid dan makhrajnya.
Bertadarus al-Quran menjadi amalan sepanjang Ramadan sama ada dilakukan secara bersendirian atau berkumpulan bagi mengimarahkan bulan yang penuh keberkatan dan ganjaran pahala berganda daripada Allah.
Tenaga pengajar di Masjidil Haram di Makkah, Dr Syeikh Md Idrees Al Mashrafe, 48, berkata umat Islam digalakkan bukan saja berusaha bersungguh-sungguh membaca al-Quran, malah khatam bacaan kitab suci itu ketika Ramadan.
Katanya, Ramadan yang juga dikenali sebagai bulan al-Quran seharusnya menjadi pendorong untuk umat Islam mengaut sebanyak ganjaran pahala yang mungkin dengan melakukan amalan digalakkan termasuk membaca al-Quran.
Sepanjang bulan mulia ini, umat Islam perlu berusaha sama ada secara perseorangan atau berkumpulan di masjid, pejabat atau bersama seisi keluarga, bertadarus sehingga khatam atau sekurang-kurangnya dapat menghabiskan beberapa juzuk al-Quran, katanya.
Beliau yang menjadi imam jemputan solat sunat terawih di Masjid Kampung Baru sejak 1998, akan khatam al-Quran yang dibaca setiap malam sewaktu mengimamkan solat terawih pada malam 27 Ramadan nanti.
Mengenai sambutan nuzul al-Quran yang disambut sebagai cuti umum di sesetengah negeri dan diadakan majlis tazkirah sempena memuliakan tarikh diturunkan kitab suci itu kepada Nabi Muhammad SAW, katanya itu adalah amalan dianjurkan.
Hafiz pada usia 11 tahun, Dr Md Idrees, melahirkan rasa bangga dengan semangat umat Islam di negara ini mengimarahkan masjid sepanjang Ramadan dan berharap amalan itu dilakukan secara istiqamah.
Beliau juga menggalakkan umat Islam beriktikaf di masjid pada 10 terakhir Ramadan untuk melakukan solat sunat, membaca al-Quran serta memperbanyakkan berdoa dan antara masa mustajab berdoa ialah sebelum azan menandakan waktu berbuka puasa.
Ketika duduk menantikan azan untuk berbuka puasa, berdoalah kepada Allah. Minta apa yang hendak dan dengan izin Allah, akan dimakbulkan. Tetapi jika sudah banyak berdoa, masih belum dikurniakan, mesti ada hikmah di sebaliknya.
Apabila doa diminta tidak tertunai, maknanya Allah simpan untuk diberi di akhirat nanti atau permintaan itu akan datang masalah. Nabi Musa pun Allah makbulkan doanya selepas 40 tahun inikan kita manusia biasa. Yang penting, jangan jemu berdoa, katanya.
Beliau yang turut ditemani isterinya bakal meraikan sambutan hari raya bersama masyarakat di ibu kota dengan mengimamkan solat sunat Aidilfitri di Masjid Kampung Baru. Katanya, Aidilfitri di Malaysia meriah kerana ada rumah terbuka. - BH

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
Nama Penuh saya ialah Cik NiNe Binti Che Kadir, saya menggunakan nama pena C9 dan Cik 9P. Mulus

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "