2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Slash tak rindukan Guns N' Roses

AKSI Slash pada konsertnya di Sunway Lagoon.
 
Gitaris terhebat hanya fokus muzik

PERTEMUAN kira-kira 15 minit bersama Saul Hudson atau lebih dikenali sebagai Slash, baru-baru ini, sebagaimana diaturkan Universal Music di Sunway Hotel & Resort sememangnya tidak mencukupi untuk kita mengenali pemain gitar terkemuka kelahiran London, England itu dengan lebih mendalam.
 
Lumrah apabila menemubual artis antarabangsa, tempoh selama suku jam ialah waktu paling lama diberikan kepada media. Kadang kala ada di antara rakan media yang sudah menyediakan berbelas-belas soalan, terpaksa pulang dengan kehampaan apabila hanya berjaya menanyakan satu soalan saja. Keadaan itu berlaku apabila media lain juga perlu diberikan peluang mengajukan soalan mereka.
 
Slash, walaupun nampak ganas dengan topi tinggi, rambut kerinting gerbang melepasi bahu serta berbaju dan dan seluar warna hitam, tidaklah 'segarang' yang disangka. Malah, sebelum melangkah masuk ke tempat sesi temu ramah berlangsung, dia sempat melemparkan senyuman serta menegur media yang hadir.

Huluran tangan kami, disambut penuh erat oleh bekas anggota kumpulan Guns N' Roses itu. Dia cukup ramah, malah sebarang soalan yang diajukan kepadanya dijawab dengan penuh terbuka. Tidak seperti sesetengah artis antarabangsa lain.

Ketika ditanya tidakkah dia merindui saat indah bersama Guns N' Roses, tanpa berselindung lelaki ini berkata, tidak pernah sedikit pun dia berasa sedemikian walaupun kumpulan berkenaanlah yang melonjakkan namanya dalam arena seni.

"Hanya kenangan pahit saja yang mampu saya ingat sepanjang bersama-sama mereka. Tiada satu pun perkara manis untuk dikenang. Sepanjang bersama dengan kumpulan itu, terlalu banyak halangan serta cabaran yang saya tempuhi. Tak pernah sekali pun saya rindu untuk bersama-sama dengan mereka. Memori bersama anggota kumpulan itu hanyalah kenangan yang gila," kata lelaki berusia 45 tahun itu ketika berada di ibu kota untuk menjayakan konsert sulungnya di negara ini, 5 Ogos lalu.

Umum mengetahui, antara Slash dan vokalis kumpulan itu wujudnya persengketaan. Penyanyi kumpulan berkenaan, Axl Rose, pernah menggelarkan Slash sebagai kanser. Kata Rose kepada sebuah majalah tahun lalu, Slash umpama kanser yang perlu dibuang serta dijauhi. Rose percaya, adalah lebih baik jika tidak ramai orang menyebut nama pemain gitar itu.

Bagaimanapun, Slash tidak melatah sebaliknya tindak balas diberikan cukup mudah. Dia langsung tidak terkesan dengan kata-kata nista yang dilemparkan bekas temannya. Apa yang mampu dikatakan ialah: "Apa-apa sajalah!"

Perjalanan kerjaya pemain gitar kacukan British dan Amerika ini agak panjang.

Sejak tahun 1983 lagi, Slash bergiat aktif dalam bidang muzik dengan menubuhkan kumpulan yang diberi nama Road Crew. Setelah kumpulan itu berpecah, Slash menyertai kumpulan tempatan yang dikenali sebagai Hollywood Rose. Dari situlah dia mula mengenali Axl Rose yang kini memusuhinya.

Biarpun mengakui melalui pelbagai liku bersama Guns N' Roses, namun perjalanannya bersama kumpulan itu boleh dikira panjang. Slash menyertai kumpulan terbabit pada 1985, sebelum meninggalkan mereka pada 1996.

Sepanjang kerjayanya juga, pelbagai pencapaian sudah diraih bapa kepada dua anak ini. Antaranya, dia diletakkan pada kedudukan kedua bagi 10 Pemain Gitar Eletrik Terbaik oleh majalah Time dan tersenarai pada kedudukan ke-21 dalam senarai 50 Pemain Gitar Terhebat Sepanjang Hayat.

Namun kata Slash merendah diri, dia tidak mengharapkan sebarang anugerah kerana apa yang lebih diutamakan ialah menghasilkan karya terbaik.

Walaupun sibuk dengan siri konsert jelajahnya, Slash mengaku dia sempat menulis lagu. Katanya, dia gemar menghasilkan lagu terlebih dulu sebelum memikirkan siapakah penyanyi yang sesuai untuk menyanyikannya. Bagaimanapun, sebaik saja dia selesai menghasilkannya, secara automatik dia akan mendapat bayangan penyanyi yang dikira sesuai untuk membawakan lagu berkenaan.

"Saya tidak pernah meletakkan sebarang sasaran apabila menceburi bidang muzik. Bagi saya anugerah ialah kenangan terindah jika anda memang berhak mendapatkannya. Sebenarnya saya lebih senang memfokuskan kepada muzik saja, hidup saya selama ini seperti roller coaster. Kehidupan saya juga seperti puak gipsi yang berpindah randah sana-sini, tetapi mujur saya mendapat seorang isteri yang baik.

"Dia pandai menguruskan anak-anak sepanjang ketiadaan saya di rumah. Anak saya juga memahami kerjaya bapanya. Walaupun saya seorang pemuzik yang dikenali, mereka tetap menjalani kehidupan seperti orang biasa
," katanya yang akan ke Australia, New Zealand dan menjelajah Amerika Syarikat untuk mempromosikan album solonya, Slash, yang menjengah pasaran April lalu.

Pemuzik itu juga mendedahkan, walaupun sudah beratus-ratus persembahan dijayakan, dia tetap dilanda kerisauan jika konsertnya tidak berjalan lancar.

Justeru, sebanyak mana pengalaman yang dimilikinya, dia tetap memastikan dirinya menjalani sesi 'sound check' supaya tiada sebarang cacat cela berlaku ketika persembahan.

"Saya paling takut jika gitar tidak berfungsi ketika persembahan. Atas alasan itu, setiap kali sebelum mengadakan persembahan di sesebuah tempat, saya akan menjalani latihan dan membuat 'sound check' terlebih dulu," katanya.
 
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin
Adam Merah , Sabtu, Ogos 14, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Adam Merah

CHAIRMAN :: Saya bermula di blog ini pada februari 2007 selepas dijemput oleh Mr. Ttuyup. Pada bulan november 2007 saya mengambilalih sepenuhnya bloh ini daripada Mr. Ttuyup, tetapi bermula Mac 2008 saya mengubah bentuk dan corak penampilan blog ini. Saya pernah mengubah alamat blog ini kepada www.red10.tk yang diperolehi secara percuma. Selepas setahun kemudian alamat ini dipadamkan selepas pihak terbabit mengenakan bayaran.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog