MESEJ teks Apple iPad turut menjadi kebimbangan daripada segi keselamatan.
New Delhi anggap sistem mesej teks menggunakan kod ancam keselamatan
SINGAPURA: India mungkin menutup perkhidmatan mesej Google dan Skype berpusat di internet berhubung kebimbangan keselamatan, lapor akhbar Financial Times (FT), semalam, ketika New Delhi mengambil tindakan keras sama ke atas pengeluar telefon bimbit BlackBerry.

Akhbar itu memetik minit mesyuarat 12 Julai lalu antara pihak berkuasa keselamatan Kementerian Telekomunikasi dan persatuan pengendali untuk melihat bagaimana mereka dapat meminta dan mengawasi komunikasi berasaskan sistem kod.
"Ada persetujuan besar bahawa perlu ada lebih daripada satu jenis perkhidmatan yang perlu dipantau. Sesetengahnya adalah BlackBerry, Skype, Google dan sebagainya," menurut minit jabatan.
"Ia diputuskan kali pertama ketika menangani isu BlackBerry dan kemudian perkhidmatan lain."
Kelmarin, kerajaan India menjadi negara terbaru daripada beberapa negara yang mengugut untuk menamatkan perkhidmatan emel dan mesej berkod BlackBerry kendalian Research in Motion (RIM) jika syarikat Kanada itu tidak menangani kebimbangan daripada segi keselamatan.
India menetapkan 31 Ogos ini sebagai tarikh akhir penyelesaian isu berkenaan kepada RIM. Ia mahu capaian dalam format boleh dibaca komunikasi kod BlackBerry, atas alasan ia mungkin digunakan militan.

Militan berpusat di Pakistan menggunakan telefon bimbit dan satelit dalam serangan Mumbai 2008 yang mengorbankan 166 orang.
Tuntutan India diikuti satu perjanjian dengan Arab Saudi dan satu sumber berkata, RIM bersetuju untuk memberi pihak berkuasa kod pengguna mesej BlackBerry. Emiriah Arab bersatu (UAE), Lubnan dan Algeria turut memohon capaian itu.
Pihak berkuasa berkata, RIM mencadangkan pengesanan emel tanpa berkongsi perincian berkod, namun itu tidak mencukupi.
FT melaporkan, wakil daripada dua persatuan pengendali telekomunikasi yang hadir mengesahkan perincian pertemuan itu awal bulan ini.
"Pada mesyuarat keselamatan terakhir, mereka bercakap mengenai BlackBerry. Mereka juga membuat tuntutan terhadap Skype dan Google," kata Rajesh Chharia, Presiden Persatuan Penyedia Perkhidmatan Internet India.
Penutupan khidmat akan menjejaskan satu juta pengguna di India daripada sejumlah 41 juta pengguna telefon pintar. India adalah satu daripada pasaran paling pesat berkembang bagi RIM. Reuters
Sabtu, Ogos 14, 2010
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang India mahu tutup Google, Skype silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "