2+4 hrs...Twogether Fourever

Jumaat : 14 Mac 2025   
@ 15 Ramadan 1446H / 8:56 PM

15Khamis,Julai

Turki jadi kuasa baru pembinaan dunia

GAMBAR menunjukkan bangunan Krasnye Kholmy di Moscow yang dibina oleh syarikat Turki, ENKA Construction and Industry.
 
ANKARA - Turki kini muncul sebagai kuasa baru sektor pembinaan apabila firma negara berkenaan membina pelbagai infrastruktur termasuk empangan, stadium dan lebuh raya di Asia Barat, Asia Tengah dan Afrika.

Kecewa kerana usaha untuk menyertai Kesatuan Eropah (EU) tidak berjalan lancar, pemerintah Islam Turki menggunakan strategi yang menggabung pengaruh politik dan kekuatan ekonominya untuk mendapatkan projek di negara-negara membangun, terutamanya dunia Islam dan rantau bekas Kesatuan Soviet (USSR), sebelum bertapak di benua Afrika sejak beberapa tahun lalu.

Walaupun masih belum setanding berbanding pesaing utama mereka dari Eropah, Amerika Syarikat (AS), China dan Jepun, nilai projek luar negara Turki melonjak daripada AS$750 juta (RM2.3 bilion) pada 2000 kepada AS$23.6 bilion (RM75.4 bilion) pada 2008.

Pemerintah Turki menyatakan, mereka berharap nilai kontrak antarabangsa negara berkenaan dapat ditingkatkan kepada sekitar AS$50 bilion (RM159.8 bilion) menjelang 2015.

Turki merupakan kontraktor utama di negara-negara bekas USSR. Hampir suku perniagaan pembinaan di negara Rusia dilakukan firma-firma Turki.

Firma-firma dari Turki turut mempunyai projek pembinaan di Libya dan dua negara bekas USSR, Turkmenistan serta Kazakhstan. Firma-firma negara itu melancarkan projek perintis di Brazil dan Angola pada 2009 dan turut terbabit di Qatar, Algeria, Iraq, Romania dan Afghanistan.

Antara projek besar melibatkan firma Turki termasuk membina pusat membeli-belah mirip sebuah khemah yang dinamakan Khan Shatry di ibu negara Kazaskhtan, Astana dan bangunan Piramid Keamanan setinggi 77 meter yang dibina daripada gelas, juga di Astana.

Piramid berkenaan yang dilengkapi sebuah dewan opera, perpustakaan dan pusat penyelidikan kebudayaan dibina dengan kos AS$65 juta (RM207.8 juta). - AP

Adam Merah , Khamis, Julai 15, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Adam Merah

CHAIRMAN :: Saya bermula di blog ini pada februari 2007 selepas dijemput oleh Mr. Ttuyup. Pada bulan november 2007 saya mengambilalih sepenuhnya bloh ini daripada Mr. Ttuyup, tetapi bermula Mac 2008 saya mengubah bentuk dan corak penampilan blog ini. Saya pernah mengubah alamat blog ini kepada www.red10.tk yang diperolehi secara percuma. Selepas setahun kemudian alamat ini dipadamkan selepas pihak terbabit mengenakan bayaran.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog