SEATTLE 14 Julai - Apple Inc. mengambil sikap membisu selepas majalah pengguna terkemuka Amerika Syarikat (AS), Consumer Reports mengkritik model iPhone 4 terbaru disebabkan masalah penerimaan isyarat.
Namun peminat Apple yang sudah lama mengalami masalah tersebut dijangka terus membeli produk syarikat teknologi itu.
Malah sesetengah penganalisis berkata, Apple boleh memekakkan telinga terhadap desakan penulis blog dan lainnya supaya iPhone 4 ditarik balik dari pasaran atau kelongsong percuma ditawarkan kepada pembeli bagi membantu mengatasi masalah itu.
Sehingga semalam, Apple belum menjawab panggilan telefon atau kiriman e-mel yang memintanya mengulas mengenai kritikan Consumer Reports yang disiarkan di laman web majalah tersebut kelmarin.
Sungguhpun sesetengah pemerhati Apple mendapati respons syarikat itu terhadap masalah penerimaan isyarat iPhone sebagai sangat dikesali, mereka menjangka tiada hukuman dikenakan ke atas Apple jika ia tidak mengambil sebarang tindakan susulan.
Peminat membeli iPhone kerana didorong oleh emosi, bukan kerana hendak mencari telefon terbaik, kata Deborah Mitchell, pengarah eksekutif Pusat bagi Pengurusan Jenama dan Produk di Universiti Wisconsin.
"Orang melihat anda menggunakan iPhone dan mereka menganggap anda sebagai seorang yang mengikut trend, cergas dan berjiwa muda. Jenama itu membantu anda memperkenalkan diri," katanya.
iPhone mengatasi produk pesaing dengan memiliki kelebihan ciri seperti mudah melayari Internet dan membeli-belah untuk muzik, filem dan aplikasi muat turun.
Seorang pengguna yang juga bekas pemain bola sepak Amerika, Greg Brown mengakui panggilan dengan iPhone selalu terputus disebabkan kesesakan dalam rangkaian AT&T, iaitu satu-satunya penyedia khidmat wayarles bagi iPhone di AS, tetapi beliau 'memaafkannya' disebabkan semua ciri lain pada produk itu.
Consumer Reports dalam kritikannya kelmarin berkata, pihaknya tidak akan memperakui iPhone 4 sebagai produk 'disyorkan' kerana ujiannya mendapati isyarat boleh padam hanya dengan memegang gajet tersebut. - AP

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
CHAIRMAN :: Saya bermula di blog ini pada februari 2007 selepas dijemput oleh Mr. Ttuyup. Pada bulan november 2007 saya mengambilalih sepenuhnya bloh ini daripada Mr. Ttuyup, tetapi bermula Mac 2008 saya mengubah bentuk dan corak penampilan blog ini. Saya pernah mengubah alamat blog ini kepada www.red10.tk yang diperolehi secara percuma. Selepas setahun kemudian alamat ini dipadamkan selepas pihak terbabit mengenakan bayaran.

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "