Ahad : 27 April 2025   
@ 29 Syawal 1446H / 7:50 PM

7Rabu,Julai

Motivasi : Buatlah Kebaikan, Kebaikan Akan Datang

"Apabila kita berusaha untuk menyedarkan orang ramai betapa perlunya kita kembali kepada Allah, pasti kita akan diduga dengan pelbagai perkara. Bersedialah dengan dugaan dan ujian tersebut kerana ia pasti akan datang"

Suatu petang (beberapa bulan lepas), saya ke bilik pensyarah senior yang juga merupakan salah seorang guru yang banyak mengajar saya tentang jiwa positif ini. Beliau memberi nasihat kepada saya:

Di dalam kita berdakwah, mengajak kawan-kawan kita agar dekat dengan Allah SWT dengan sebenar-benarnya, kita pasti tidak disukai syaitan, kita PASTI akan diuji oleh Allah SWT dengan mengizinkan syaitan yang sentiasa tidak senang dengan kita yang berusaha di dalam menyedarkan kawan-kawan tentang jiwa yang positif dan hidup berTuhan yang sebenarnya ini.

Hati kawan-kawan juga diuji dengan perasaan-perasaan yang kurang baik terhadap kita.  Pensyarah senior itu menambah lagi, ketika itu, kembalilah kepada Allah SWT. Pasti jiwa kita akan kuat dan terus bersemangat.

Nasihat yang diberi di suatu petang dahulu benar-benar berguna buat saya petang ini. Semoga Allah SWT menuntun saya ke jalan yang terbaik di sisiNYA.

Aminn…

[noted] semoga kisah ini sedikit sebanyak bermanfaat buat saudara.

Jiwa dan Wang

"Barang siapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka." (QS: Al-Taha:23)

Di sebuah tasik yang besar ada 2 orang pemancing yang paling hebat antara ratusan pemancing yang ada. Pemancing A dan pemancing B. Ilmu memancing mereka tidak mampu ditandingi. Setiap kali memancing, pasti banyak ekor ikan yang mereka perolehi.

Disebabkan kehebatan memancing mereka, lalu sekumpulan pemancing lain ingin belajar memancing daripada mereka berdua.

Pemancing A berkata, "jika saudara semua ingin belajar memancing dengan saya. Saudara semua perlu membayar saya yuran kursus memancing sebanyak RM400 seorang."

"wah! Mahalnya. Kenapa terlalu mahal? Kami juga mencari rezeki dengan memancing dan hasil yang kami perolehi tidak sehebat tuan," kata sekumpulan pemancing.

"Jika saya berikannya secara murah atau percuma, kamu pasti tidak akan menghargai ilmu saya. Juga, jika saya berikan ilmu saya kepada kamu semua, kamu pasti akan pandai memancing. Jadi bagaimana saya mahu memperolehi rezeki yang banyak lagi jika kamu semua sudah pandai memancing. Kamu akan mengganggu hasil tangkapan saya."

Sekumpulan pemancing itu berbincang sesama sendiri. Mereka mengambil keputusan tidak mahu belajar dengan pemancing A. Mereka bertemu pula dengan pemancing B.

"Salam sejahtera saudara semua. Seperti ada hajat baik datang berjumpa dengan saya." Sambut pemancing B.

"Kami berhajat untuk belajar memancing dengan tuan. Kami dapat tahu tuan pemancing yang hebat," kata sekumpulan pemancing itu.

"saya tidaklah hebat. Tuan-tuan boleh belajar memancing dengan saya."

Pemancing B sudi mengajar sekumpulan pemancing dengan cara yang betul.

"Boleh kami tahu berapa yurannya?" tanya sekumpulan pemancing.

"tiada yuran, tapi ada dua syaratnya. Pertama, saya tidak mempunyai wang untuk menyediakan umpan dan juga peralatan memancing. Jadi tuan-tuan perlu sediakan atau boleh berikan saya sedikit wang untuk saya cari umpan yang terbaik. Kedua. Jika tuan-tuan pergi memancing, Jangan lupa menjemput saya. Tidaklah saya bosan  memancing sorang-sorang." Kata pemancing B.

"Baiklah, kami setuju." Sahut sekumpulan pemancing dengan gembira.

Mereka belajar memancing dari sehari ke sehari sehingga mahir. Kini, setiap kali memancing, pasti sekumpulan pemancing tadi mendapat banyak ikan.

Apabila mendapat ikan yang banyak, mereka akan berikan kepada pemancing B beberapa ekor ikan hasil tangkapan mereka sebagai hadiah tanda penghargaan ilmu yang telah diberikan kepada mereka.

Apabila pemancing lain mengetahu hal ini, lebih ramai lagi yang ingin belajar daripada pemancing B. Apabila mereka mahir, mereka menghadiahkan dengan pelbagai bentuk hadiah tanda penghargaan. Hadiah dan penghargan mereka tidak pernah putus apabila mereka mendapat tangkapan ikan yang banyak.

Ada yang beri dalam bentuk wang dan ada juga memberikan ikan hasil tangkapan mereka kepada pemancing B. Pemancing B juga mendapat ramai kawan. Kehidupan pemancing B semakin tenang dan bahagia.

+

Pemancing B ikhlas membantu tanpa mengharapkan malah tidak pernah terfikir tentang balasan yang diterimanya. Tetapi Allah SWT memberikan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.

Yakinlah pada Allah SWT bahawa rezeki pasti ada untuk mereka yang sentiasa ingat Allah SWT. Menjadi masalah utama apabila kita terlalu bimbang dengan rezeki yang ada sedangkan urusan rezeki adalah urusan Allah SWT.

Kita memerlukan rezeki, memerlukan wang dan sebagainya tetapi keyakinan di dalam memperolehinya sentiasa rendah. Kita tidak yakin dengan melakukan kerja dengan ikhlas

Yakinlah rezeki pasti datang dari arah yang tidak disangka-sangka setelah kita melakukan sesuatu dengan ikhlas. Yang lebih menggembirakan dengan keikhlasan, kita akan lebih tenang dan gembira kerana pasti ramai yang sudi berkawan  dan menuntut ilmu dengan kita.

Bagaimana untuk ikhlas..? Komunikasikah dengan Allah memohon ikhlaskan jiwa kita..

"Ya Allah.. aku rasa tak ilhlas nak buat kerja ni Ya Allah. Tapi Ya Allah, Engkau meminta untuk aku ikhlas Ya Allah, Engkau ikhlaskanlah jiwa aku ini Ya Allah. Bantulah aku Ya Allah. Janganlah aku ini fikir duit saja Ya Allah di dalam melakukan pekerjaan Ya Allah. Aku yakin Engkau akan beri rezeki pada aku Ya Allah. Ikhlaskanlah aku… Terima kasih Ya Allah.. terima kasih Ya Allah.. Aminn.. ya rabbal alaminn…"

Semoga cerita tersebut dikenang sentiasa… Dengan izin Allah

 

 

----- Original Message -----
From: Mijot
Sent: Monday, June 21, 2010 12:41 PM
Subject: [kLk] ::Motivasi : Buatlah Kebaikan, Kebaikan Akan Datang::
Cik NiNe Che Kadir , Rabu, Julai 07, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Cik NiNe Che Kadir

Nama Penuh saya ialah Cik NiNe Binti Che Kadir, saya menggunakan nama pena C9 dan Cik 9P. Mulus

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog