2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Fail bocor dedahkan kelibat Osama


WASHINGTON - Beberapa fail sulit tentera Amerika Syarikat (AS) mengenai perang di Afghanistan yang disiarkan di laman web WikiLeaks mendedahkan maklumat bahawa Ketua Al-Qaeda, Osama Bin Laden pernah bermesyuarat di beberapa buah kampung di antara Pakistan dan Afghanistan pada 2006.

Maklumat itu sekali gus bertentangan dengan kenyataan terbuka Agensi Perisikan Pusat (CIA) yang menegaskan tidak tahu lokasi persembunyian Osama.

Maklumat mengenai Osama itu merupakan antara 91,000 catatan tentera AS yang disiarkan di laman web WikiLeaks di Internet.

Jika pendedahan WikiLeaks itu benar, ia membayangkan Pengarah CIA, Leon Panetta mungkin berbohong apabila beliau menyatakan pada bulan lepas bahawa pihaknya tidak mempunyai sebarang petunjuk kukuh mengenai lokasi persembunyian Osama sejak awal tahun 2000.

Berdasarkan maklumat WikiLeaks itu, Osama kerap menghadiri mesyuarat di beberapa buah kampung di sempadan di antara Pakistan dan Afghanistan pada 2006.

"Dilaporkan, satu pertemuan peringkat tinggi diadakan dengan enam pengebom berani mati diberikan arahan untuk satu operasi di utara Afghanistan. Mesyuarat peringkat tinggi ini diadakan sekali pada setiap bulan," kata laporan Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa (ISAF) yang disiarkan di laman tersebut.

Menurut akhbar Britain, Guardian yang memperoleh dokumen ISAF tersebut menyatakan:

"Empat orang yang hadir pada mesyuarat berkenaan ialah Ketua Taliban, Mullah Omar, Osama Bin Laden, Mullah Dadullah dan Mullah Baradar.'

Dokumen perang ISAF turut menunjukkan Osama mendalangi satu komplot untuk meracuni pasukan ISAF dengan memasukkan sejenis serbuk ke dalam makanan dan minuman askar-askar asing semasa mereka melintasi beberapa buah perkampungan.

Akhbar itu melaporkan seorang askar AS, Bradley Manning, 22, mungkin bertanggungjawab berhubung kebocoran banyak dokumen tentera yang mendedahkan pelbagai maklumat ngeri mengenai perang di Afghanistan dan kematian orang awam.

Menurut seorang penggodam komputer, Adrian Lemo, askar perisikan itu bertanggungjawab membocorkan fail-fail rahsia itu.

Katanya, sebelum ini, Manning dengan bangganya mengakui bahawa dia memuat turun beratus-ratus ribu dokumen sulit tentera AS.

Askar berkenaan tiba-tiba menghubungi Lamo dan mendakwa dia menyalin banyak fail tentera AS ke dalam beberapa cakera padat (CD) dan bersedia untuk diserahkan kepada pihak WikiLeaks.

Manning telah didakwa pada awal bulan ini kerana membocorkan maklumat berhubung rakaman video kokpit sebuah helikopter tentera.

Rakaman tersebut menunjukkan askar-askar AS ketawa semasa mereka menembak mati orang awam Afghanistan di Iraq dan dua wartawan dalam satu pertempuran di Baghdad pada 2007. Manning ditangkap di Iraq tempat dia bertugas.

Dia dipercayai dikurung di sebuah penjara tentera setelah dihantar ke Kuwait. Askar berkenaan akan dibicarakan di mahkamah tentera dan berdepan hukuman berat jika dia didapati bersalah.

Lamo percaya Manning tidak bekerja bersendirian.

Menurutnya, askar AS itu tidak memiliki kepakaran teknologi untuk melakukan kerja-kerja untuk membocorkan dokumen sulit tersebut. Maklumat itu itu turut mendedahkan bahawa Taliban berjaya menembak jatuh helikopter Chinook di Afghanistan. - Agensi

 

Sekutu AS marah fail sulit bocor

WASHINGTON 27 Julai - Kebocoran 90,000 fail sulit tentera Amerika Syarikat (AS) mencetuskan bantahan dari negara-negara sekutu yang berperang di Afghanistan semalam, ketika Pentagon berusaha mengenal pasti sumber yang mendedahkan maklumat tersebut.

"Pakar AS sedang berusaha untuk meneliti sama ada pendedahan maklumat sulit itu boleh membahayakan keselamatan tentera atau operasi keselamatan atau lebih serius boleh mengancam keselamatan negara.

"Kebimbangan utama kami adalah, sama ada maklumat itu boleh meletakkan nyawa tentera kami di Afganistan atau di mana-mana sahaja dalam keadaan bahaya," kata jurucakap Pentangon, Geoff Morrell kepada Fox News.

Kira-kira 92,000 dokumen bertarikh dari 2004 hingga 2009 didedahkan kepada akhbar The New York Times, The Guardian di Britain dan Der Spiegel di Jerman oleh laman web WikiLeaks, yang menyiarkannya semalam.

Dakwaan paling kontroversi menyebut bahawa Pakistan, sekutu utama AS di rantau bergolak itu, membenarkan pengintipnya bertemu secara terus dengan Taliban.

Menurut The Times, ejen Pakistan dan wakil Taliban sering bertemu dalam sesi strategi sulit untuk merancang rangkaian kumpulan militan yang memerangi tentera AS di Afghanistan, malah turut merancang komplot membunuh pemimpin-pemimpin Afghanistan.

Pendedahan menggemparkan itu mencetuskan kemarahan banyak pihak dengan seorang jeneral tertinggi Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) meminta semua pihak berjaga-jaga terhadap kebocoran seumpama itu ketika White House menyelarnya sebagai 'tidak bertanggungjawab'.

"Pakatan perlu berhati-hati kerana sebahagian dokumen mungkin boleh dibocorkan, tetapi ia membuatkan kita perlu bekerja dengan lebih teliti," kata Jeneral Egon Ramms, yang bertanggungjawab ke atas tentera NATO di Afghanistan.

Jurucakap White House, Robert Gibbs mengutuk kebocoran itu, memberi amaran kepada nama-nama kakitangan dan operasi tentera yang didedahkan, namun tidak menyatakan kesan politik dan strategik yang mungkin berlaku.

Britain yang mempunyai kira-kira 9,500 tentera di Afghanistan semalam berkata, pihaknya kesal dengan kebocoran tersebut, sementara Pakistan berkata, laporan itu 'palsu' dan tidak menggambarkan apa-apa yang berlaku di Afghanistan. - AFP

Adam Merah , Rabu, Julai 28, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Adam Merah

CHAIRMAN :: Saya bermula di blog ini pada februari 2007 selepas dijemput oleh Mr. Ttuyup. Pada bulan november 2007 saya mengambilalih sepenuhnya bloh ini daripada Mr. Ttuyup, tetapi bermula Mac 2008 saya mengubah bentuk dan corak penampilan blog ini. Saya pernah mengubah alamat blog ini kepada www.red10.tk yang diperolehi secara percuma. Selepas setahun kemudian alamat ini dipadamkan selepas pihak terbabit mengenakan bayaran.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog